Kesan banjir petani rugi besar
Astro Awani
Januari 10, 2013 08:48 MYT
Januari 10, 2013 08:48 MYT
Sebahagian besar petani dan pesawah di Kelantan buntu selepas tanaman mereka musnah dalam bencana banjir.
Selain menanggung kerugian, mereka juga kehilangan sumber pendapatan.
Tumpat antara kawasan yang teruk terjejas dalam musibah baru-baru ini.
Dianggarkan 500 petani dan pesawah kehilangan mata pencarian selepas tanaman yang diusahakan rosak teruk.
Walaupun banjir telah pulih tetapi masih ada sawah yang masih digenangi air.
Berikutan masalah yang dihadapi mereka merayu pihak berkenaan menghulurkan bantuan termasuk menggunakan pam untuk mengalirnya keluar.
Sementara itu Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Tan Sri Annuar Musa ketika menjelaskan, mereka yang mengalami kerugian perlu mendaftarkan diri untuk taksiran kerugian.
Peruntukan lebih 1 juta disediakan.
KADA sebelum ini menganggarkan nilai kerosakan padi mencecah lebih 2 juta ringgit melibatkan hampir 1000 pesawah.