Kesan aktiviti pembalakan perlu diambil kira (Video)

Astro Awani
Disember 10, 2012 09:45 MYT
Kerajaan negeri Kedah perlu mengambil kira kesan jangka panjang daripada aktiviti pembalakan yang dilakukan.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar serta mengancam nyawa penduduk setempat.
Jelasnya, jambatan runtuh di Kamuong Lanai Melaka Gulau di Sik, Kedah antara contoh kesan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.
“Sepanjang masa kita harus jaga kawasan ataupun persekitaran kita kalau kita tak jaga kita akan jadi masalah esok nanti bah apa semua air sekarang ni naik tinggi luar biasa tak semacam dulu jadi kita tak boleh lagi nak kira dulu punya perkiraan setakat mana dia tinggi sebalikya kita buat peruntukan yang lebih daripada seratus tahun banjir jadi sekarang saya berharap semua termasuk kerajaan negeri memberi perhatian.”
Beliau berkata demikian selepas melawat jambatan runtuh di kampung tersebut.
Jambatan yang siap dibina pada bulan September lalu runtuh selepas ia digunakan penduduk kampung.
Bagi penduduk kampung, jambatan itu perlu dibina kembali bagi memudahkan urusan harian mereka.
Penduduk turut mencadangkan supaya jambatan baru yang bakal dibina nanti lebih tinggi kerana kedalaman air sungai sukar dijangka selepas hujan.
#jambatan #Lanai Melaka #pembalakan #sik #TUN DR MAHATHIR
;