Kesalahan rentas negeri paling tinggi tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Hasimi Muhamad
Februari 20, 2021 19:34 MYT
Februari 20, 2021 19:34 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), semalam.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kesemua tapak binaan berkenaan didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Secara keseluruhannya, CIDB sudah melakukan 15,594 pemeriksaan melibatkan 8,814 tapak binaan sejak 20 April 2020," katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.
Berikut lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri:
1. Seramai 461 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 430 dikompaun, 31 direman.
2. Seramai 11 pendatang asing tanpa izin dan tiga tekong ditahan dalam Op Benteng, manakala
lapan kenderaan darat dirampas.
3. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang tamat pada 20 Februari.
4. PKPD di 10 lokasi taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang bermula 21 Februari hingga 6 Mac.
5. Sebanyak 543 sekatan jalan raya (SJR) dijalankan di seluruh negara.
#SOP
#Pahang
#PKPD
#Op Benteng
#pati
#Tahan ingkar SOP
#Ismail Sabri
#COVID-19
#Larangan rentas negeri