Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kesalahan Nur Fitri Azmeer Nordin, yang didapati memiliki lebih 30,000 imej dan video lucah kanak-kanak di London, sebagai satu jenayah yang amat berat.
Beliau berkata penuntut jurusan Matematik berusia 23 tahun itu mesti dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak bersetuju dengan cadangan atau komen sesetengah pihak bahawa kerajaan akan merayu kes Nur Fitri Azmeer untuk mengurangkan hukumannya, apatah lagi menggunakan dana awam bagi tujuan itu.
"Nur Fitri Azmeer telah dibicarakan mengikut sistem perundangan Britain, diberi peluang untuk mempertahankan diri, dan didapati bersalah.
"Kita harus menghormati undang-undang dan sesiapa yang didapati bersalah mesti dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya dalam entri terbaharu dalam blog najibrazak.com malam ini.
BACA: Nur Fitri 'sakit' dan perlu pemulihan - Rohani
BACA: Keputusan tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer kekal - MARA
BACA: Kes pedofil: Mara, tolong jangan bazir duit rakyat - Pemuda UMNO
BACA: Teruskan hukuman penjara kepada pesalah pedofil - pembaca Astro AWANI
BACA: Pedofil: 'Buat apa nak beri peluang kedua?' - Media Sosial
Bagaimanapun, Najib berkata Nur Fitri Azmeer mesti diberikan bimbingan kaunseling agar dia tidak mengulangi kesalahan, demi kebaikannya dan masyarakat.
"Ini perlu dilakukan agar individu tersebut dapat diterima kembali oleh masyarakat," katanya.
Sebelum ini, beberapa pihak mencadangkan supaya pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu diberi peluang kedua termasuk meneruskan pengajiannya di dalam negara setelah selesai menjalani hukuman di London.
Nur Fitri Azmeer, yang melanjutkan pelajaran di Imperial College, dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pedofilia dengan niat untuk mengedarkannya.
Bernama
Thu May 07 2015
Beliau berkata penuntut jurusan Matematik berusia 23 tahun itu mesti dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Ahli perniagaan didenda RM4,600 miliki bahan lucah
Seorang ahli perniagaan dalam industri kecantikan didenda RM4,600 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengakses dan menyimpan bahan lucah dalam dua telefon pintar, semalam.
Suspek kes culik Albertine Leo direman lagi 6 hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berumur 31 tahun dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi di Mahkamah Majisteret Kulai.
'Miza Ozawa' mengaku salah cari pelanggan bagi maksud persundalan
Wanita itu mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar dengan KKM.
Miliki 67 gambar dan 55 video lucah dalam telefon bimbit, pembantu kedai didenda RM5,000
Seorang pembantu kedai didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah dalam telefon bimbit tahun lalu.
Saksi kes Ebit Lew tak dibenar beri keterangan melalui kamera
Mahkamah Majistret Tenom tidak membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk saksi seterusnya bagi kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memberi keterangan secara tertutup melalui kamera.
'Influencer' Singapura didakwa kongsi bahan lucah melalui OnlyFans
Low, 22, dipercayai pencipta kandungan OnlyFans pertama di Singapura yang didakwa kerana berkongsi bahan lucah.
Youtuber kontroversi Singapura, Amos Yee, didakwa miliki pornografi perempuan bawah umur
Remaja itu beberapa kali memberitahu Amos tentang usianya, namun Amos telah mengarahkannya supaya memadam maklumat usia dalam profil WhatsAppnya.
Tiada lagi kandungan lucah di Tumblr bermula 17 Disember ini
Melalui dasar baru, kandungan erotik dan foto bogel yang mempunyai nilai berita serta terkait dengan hasil seni sahaja diterima untuk platform berkenaan.
Kanak-kanak semakin mudah mengakses pornografi? Ini tak boleh jadi!
35.3 peratus mereka yang berusia 13 hingga 24 tahun terdedah kepada pornografi dengan kebanyakannya mengakses bahan itu melalui pelbagai medium dan platform.
Nur Fitri peroleh kebenaran diekstradisi ke Malaysia
Nur Fitri telah memperoleh kebenaran untuk diekstradisi ke Malaysia selepas berakhir tempoh hukuman.