Kesal kenyataan biadab di Twitter, PM Anwar arah Zaki Yamani mohon maaf

Astro Awani
Julai 1, 2023 06:00 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang berkongsi ciapan berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan tindakan seorang pengguna media sosial yang berkongsi ciapan berhubung keadaan kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merosot dan kini sedang dirawat di hospital.
Dalam sebuah ciapan di Twitter, Anwar mengarahkan pengguna berkenaan, Zaki Yamani memohon maaf atas hantarannya itu.
“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” tulis beliau.

Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera.

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, pengguna Twitter berkenaan menulis sebuah kenyataan biadab terhadap keadaan kesihatan terkini Abdul Hadi dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu. P/S: Ambil sekali Mahathir https://t.co/fRgL9ZpCgN

— Demi Rakyat! (@Zaki_Yamani_) July 1, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ketika ini, kesihatan Abdul Hadi dilaporkan merosot dan kini sedang dirawat di hospital.
Anak Presiden Pas itu, Muhammad Khalil Abdul Hadi memaklumkan berita tersebut dalam hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu.
"Mohon doa dan solat hajat khusus untuk kesembuhan Ayahanda Tuan Guru. Kesihatan ayahanda sedikit merosot sebelum Aidiladha, dan kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut oleh pihak doktor di hospital," katanya.
#PAS #Abdul Hadi Awang #Anwar Ibrahim #mohon maaf
;