Kes Zayn Rayyan: 'Tugas saya sampai di sini sahaja, harapkan keadilan' - Peguam Mahmud Jumaat

Umavathi Ramayah
Julai 26, 2024 04:47 MYT
Peguam Fahmi Abd Moin (tali lahir biru) dan Mahmud Jumaat (tali leher hitam) mengadakan sidang media di hadapan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan. - Foto Bernama
PETALING JAYA: Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin yang ditemukan mati, pada Disember lalu.
"Ya, saya tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan (Ismanira Abdul Manaf). Tugas saya hanya sampai di sini sahaja," katanya di sini hari.
Namun begitu, Mahmud menginginkan keadilan terhadap arwah Zayn Rayyan yang dibunuh dan diseksa secara kejam.
Pada 4 Jun lalu, Mahmud yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan mengambil keputusan menarik diri sebagai peguam pasangan itu berikutan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan mahu memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya. Perkara itu sekali gus mencetus kontroversi yang mengaitkan dengan pelbagai 'andaian'.
Dalam pada itu prosiding sebutan di Mahkamah Seksyen di sini, peguam Hadzwan Ayob yang mewakili Mahmud memaklumkan perkara itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
"Kami menerusi Orang Kena Tuduh (Ismanira Abdul Manaf) telah diarahkan untuk menarik diri mewakili,” katanya.
Turut dimaklumkan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Fahmi Abd Moin.
Fahmi yang mengesahkan perkara itu berkata, Ismanira menghantar satu surat kepada Emir Mahmud & Co pada 18 Jun lalu berkaitan penamatan perkhidmatan guaman yang mewakilinya sebelum ini.
"Jadi saya rasa tidak ada isu tarik diri, yang saya faham ditamatkan perkhidmatan," katanya.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira pada pada 13 Jun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.
#Zayn Rayyan #Mahmud Jumaat #peguam #Ismanira Abdul Manaf