PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengarahkan pihak pembelaan dalam kes kematian kanak-kanak berumur enam tahun Zayn Rayyan Abdul Matiin untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa yang relevan sekiranya terdapat kandungan di media sosial menggunakan kes itu sebagai kandungan yang mengundang komen-komen subjudis, di samping menghina mahkamah.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan perkara itu selepas peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili ibu bapa kanak-kanak itu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, memberitahu mahkamah terdapat lima akaun TikTok yang dikenal pasti membuat video dengan siaran langsung yang bersifat subjudis dan seolah-olah melakukan buli siber terhadap kedua-dua tertuduh dan pihak pembelaan.
"Pada prosiding sebelum ini, mahkamah telah membuat perintah larangan bersuara untuk pihak-pihak yang terlibat dalam kes ini, namun sekiranya terdapat aduan lanjut mengenai perkara ini, pihak pembelaan boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa yang relevan.
"Mahkamah sekali lagi ingin mengingatkan semua pihak terutama orang awam agar tidak membuat komen subjudis yang menghina mahkamah," katanya.
Terdahulu Fahmi memaklumkan terdapat lima akaun TikTok dengan nama CEO Zayn Rayyan, MyrasKitchen00, cikpika_pika_ii, BeMalaysian2.0 dan MalaikatMaut382 yang telah memuat naik video bertujuan untuk mengecam dan membuat komen-komen yang bersifat subjudis dan merosakkan.
"Sekiranya dilihat dalam akaun-akaun itu (didapati) ada kenyataan, status dan komen yang berbentuk hasutan yang tak kena pada tempatnya. Kami mohon agar kelima-lima pengendali akaun ini dikenakan perintah larangan bersuara, dan jika mereka melanggar perintah itu, anak guam kami akan membuat laporan polis," kata Fahmi yang mengendalikan kes bersama peguam Ilyani Khuszairy.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar berkata memandangkan perkara itu baru diberitahu kepada pihak pendakwaan pagi ini, pihaknya masih belum sempat meneliti akaun-akaun berkenaan.
"Kami mohon pihak pembelaan membuat satu permohonan baharu disertakan dengan afidavit untuk ditunjukkan kepada mahkamah. Pada peringkat ini, kami rasakan permohonan perintah larangan bersuara adalah pramatang, namun saya serah kepada budi bicara mahkamah," katanya.
Fahmi kemudiannya memohon mahkamah untuk memberikan satu notis kehakiman sebagai amaran kepada kelima-lima individu itu.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, beliau berkata pihaknya akan memantau terlebih dahulu kelima-lima akaun ini selepas amaran dikeluarkan mahkamah pada sebutan kes hari ini.
"Kami akan mengadakan perbincangan semula dengan anak guam untuk menentukan tindakan selanjutnya jika kandungan-kandungan ini dimuat naik lagi. Besar kemungkinan kami akan buat laporan kepada pihak berwajib iaitu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sekiranya ia terjadi lagi," katanya.
Berhubung dua gambar dikatakan gambar Zayn Rayyan yang tular di aplikasi Telegram baru-baru ini, Fahmi berkata pihaknya tidak mengesahkan kesahihan gambar itu, namun laporan polis telah dibuat untuk menghentikan penularannya.
"Sehingga kini kami masih belum mendapat maklum balas mengenai perkara itu, sama ada kertas siasatan sudah dibuka atau sebaliknya," kata Fahmi.
Pada 13 Jun lepas, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis tahun lepas mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan. - Foto Bernama
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
Bicara kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ kembali jadi tumpuan
Suasana di pekarangan kompleks mahkamah ini mula dipenuhi pengamal media yang hadir sejak jam 8.30 pagi bagi mengikuti perkembangan kes berkenaan.
Kes Zayn Rayyan: Pengasuh bersama dua individu dipanggil polis
Tiga individu termasuk pengasuh kepada Zayn Rayyan yang meninggal dunia akibat dibunuh di Damansara Damai, Disember lalu dipanggil polis untuk dirakam keterangan pada Isnin.
Kes Zayn Rayyan: Sebarang tangkapan bergantung kepada proses analisis dan bukti - Mohd Shuhaily
PDRM tidak akan berhenti berusaha untuk menyelesaikan kes tersebut sehingga pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.