Kes tikam, langgar: Tiga wanita antara lapan direman

Astro Awani
Disember 22, 2017 15:27 MYT
Tiga wanita antara lapan suspek yang direman hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru. - Gambar Astro AWANI.
Tiga wanita antara lapan suspek yang direman hari ini di Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang ahli kongsi gelap di sebuah stesen minyak Taman Pelangi , Ahad lalu.
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari, selepas Penolong Kanan Pendaftar, Mohd Farid Nazzrin Ahmad membenarkan permohonan polis.
Ia sekali gus menjadikan jumlah suspek yang ditahan reman bagi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan sehingga kini, seramai 14 orang.
Semalam Mahkamah Majistret di sini turut membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap enam suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes terbabit.
#bunuh #Johor Bahru #Mahkamah Majistret #Mohd Farid Nazzrin Ahmad #Penolong Kanan Pendaftar #Taman Pelangi #tikam
;