Kes Teoh Beng Hock: Mahkamah Rayuan tolak keputusan koroner
Astro Awani
September 5, 2014 12:13 MYT
September 5, 2014 12:13 MYT
Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan koroner dalam inkues kematian pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock, lapor Malaysiakini.
Hakim Datuk Mohamad Arif Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai and Datuk Hamid Sultan Abu Backer membaca penghakiman secara berasingan.
Panel tiga hakim ini diketuai oleh Mohamad Arif.
Dalam penghakimannya, Mah memutuskan bahawa ujian yang digunakan oleh majistret di Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini adalah salah dalam menafikan dakwaan keluarga Beng Hock bahawa punca kematian itu melampaui keraguan yang munasabah.
Ujian yang betul untuk digunapakai dalam siasatan kematian atau inkues adalah imbangan ujian kebarangkalian.
Mah memutuskan bahawa kematian Teoh adalah kematian dalam tahanan apabila dia ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menolak dakwaan bahawa mendian membunuh diri.
Manakala Hamid Sultan pula berkata punca kematian Teoh disebabkan oleh seorang atau lebih dari seorang dan mendesak polis menjalankan siasatan semula.
Sementara Mohamad Arif bersetuju dengan penghakiman yang diputuskan oleh dua hakim itu.