Kes tembak PGA: Reman tiga lelaki warga Thai dilanjut
Adie Sufian Zulkefli
Disember 1, 2020 13:33 MYT
Disember 1, 2020 13:33 MYT
KANGAR: Reman ke atas tiga lelaki warga Thailand yang terbabit dalam serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar pada 24 November lalu, disambung tujuh hari lagi.
Perintah mennyambung reman terbabit dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar, Siti Nor Hasliza Md Ali selepas mendapat permohonan polis bagi meneruskan siasatan.
Sebelum itu ketiga-tiga suspek berusia antara 34 hingga 38 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Kangar, pada jam 9 pagi.
Susulan lanjutan reman, kesemua suspek dibawa kembali ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Saifudin Aslin Abbas memaklumkan, tempoh reman 15 lagi suspek warga tempatan akan tamat esok.
Difahamkan, siasatan ke atas mereka dilakukan berperingkat dan reman masing-masing berkemungkinan disambung.
Dalam serangan pada jam 3.10 pagi 24 November lalu, anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli meninggal dunia selepas ditembak, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, parah dan kini masih dirawat di hospital Pulau Pinang.
#tembak
#suspek
#Thailand
#lelaki
#Tahanan reman
#Pasukan Gerakan Am
#PGA
#sempadan Malaysia-Thailand
#Kangar
#Sarjan Baharuddin Ramli
#Norihan Tari