Kes tembak mati pengasas AmBank: Kronologi kejadian dan laporan saksi
Hakim Rahman
Julai 30, 2013 22:30 MYT
Julai 30, 2013 22:30 MYT
Berikut adalah kronologi kejadi kes tembak mati pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi:
Kira-kira jam 1.30 petang Isnin, Hussain Najadi dan isterinya bertemu dengan rakan niaga di Tokong Ceylon Kuan Yin.
Sebaik selesai perbincangan pasangan berkenaan berjalan ke arah pemandu peribadinya yang menunggu di hadapan kawasan tempat letak kereta.
Menurut saksi, terdapat individu mengekori pasangan terbabit sebelum melepaskan tembakan dari belakang.
Enam das tembakan dilepaskan, pasangan itu akhirnya rebah.
Penembak itu kemudiannya melarikan diri di celah-celajh gerai makanan berhampiran tokong berkenaan dan terus menaiki sebuah teksi yang sedia menunggu.
Ikuti laporan wartawan Astro AWANI Abdul Hakim Rahman yang berada di lokasi kejadian:
Saksi yang dikenali sebagai Lim kongsi pengalaman beliau:
Seorang lagi saksi yang merupakan pekerja di tempat letak kereta kongsi pengalaman: