Kes tembak anggota PGA: 23 suspek termasuk 14 rakyat Malaysia ditahan - Hamzah

Umavathi Ramayah
November 26, 2020 14:13 MYT
Hamzah Zainudin memaklumkan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 23 suspek melibatkan 15 rakyat Malaysia dan lapan warga Thailand ditahan polis setakat ini susulan kejadian berbalas tembakan di sempadan Malaysi a-Thailand yang mengakibatkan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) terbunuh manakala seorang lagi cedera parah, pada Selasa lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan, empat daripada warga Thailand itu ditahan pihak penguat kuasa negara itu.
Katanya, ketika ditahan tiga daripada mereka sedang mendapatkan rawatan di hospital untuk kecederaan yang disebabkan oleh insiden tembakan itu.
"Berdasarkan siasatan awal, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyaki kumpulan penyeludup berkenaan melakukan aktiviti penyeludupan secara sistem barter dengan pertukaran daun ketum dari Malaysia dan dadah dari Thailand.
"Saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat," katanya pada sidang Parlimen di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) untuk menyatakan perincian mengenai serangan ke atas dua anggota PGA ketika bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terbunuh manakala Sarjan Norihan A/L Tari, 39, mengalami kecederaan parah.
#PGA #Polis Diraja Malaysia #Thailand-Malaysia #Sempadan Negara #tembakan
;