Kes tampar pelajar: Solidariti menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan

Kohilah Sekaran
Disember 18, 2017 12:36 MYT
Artikel di pendidik2u.my yang menjelaskan kronologi kes Cikgu Azizan.
Isu seorang guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, yang bakal dihadapkan ke mahkamah, Selasa ini atas tuduhan mengenakan disiplin tegas terhadap seorang pelajarnya hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan, netizen menzahirkan solidariti dan sokongan kepada 'Cikgu Azizan' yang dilapor menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang kali.
Antaranya ialah menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.
Netizen mempertahankan tindakan Azizan dan menyoal kewajaran dalam menghukum seorang guru yang hanya mengambil tindakan keras terhadap seorang pelajar yang melakukan kesalahan jenayah.
Menurut mereka, tindakan tegas mungkin pilihan terakhir guru itu dalam menangani masalah displin anak muridnya.
Tambah netizen, ia lebih baik untuk mendenda pelajar bermasalah daripada membiarkan mereka bertukar menjadi sampah masyarakat.
"Solidariti untuk Cikgu Azizan, bagaimana nak mengajar adab kepada murid sekarang bilamana guru dihadapkan ke mahkamah kerana tangkap murid hisap gam," tweet seorang netizen, @royhendra_12.

Solidariti untuk Cikgu Azizan,,bagaimana nak mengajar ADAB kpd murid skrg bilamana guru dihadapkan ke mahkamah kerana tangkap murid hisap gam..#prayforcikguazizan

— RH (@royhendra_12) December 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mari semua....,kita doakan yg terbaik buat Cikgu Azizan. Semoga beliau tabah dn kuat semangat hendakNya. Aamiin

— LanLendu (@LanLendu) December 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cikgu Azizan had done the right thing , knp polis tahan sia

— Farees Ashraf (@_frsashrf) December 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

cabaran seorang guru...bila kita ingin mendidik...tp anak murid xnak terima didikan kita..bertabahlah Cikgu Azizan...and to parents..kalau x pcya cikgu2 utk didik anak korang..mohon korang jgn hntr ke skolah...didik n ajar sndri kt rmh..

— Miss A (@AubreyMGriffin) December 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, ada juga yang kecewa terhadap tindakan ibu bapa pelajar terbabit yang sanggup mendakwa Azizan di makhamah dan mengambil keputusan untuk 'tutup mata' terhadap kesalahan anak sendiri.

Anak dia buat salah tapi still nak menangkan anak. Cikgu Azizan just nak bagi pengajaran.Sis tak faham dengan dunia sekarang a href="https://twitter.com/hashtag/PrayForCikguAzizan?src=hash&ref_src=twsrc%5Etfw">#PrayForCikguAzizan

— t (@Aannatie) December 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

One more. Cikgu Azizan. Didakwa di court sebab denda student hisap gam. And surprisingly,budak sekolah rendah kot! Apa mak bapak expect bila anak2 dia camtu sbnrnya? Salah cikgu ke?

— A I N . (@_nurainnnnn) December 18, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Apalah perasaan mak bapak yg saman cikgu Azizan tu eh? Anak kau hisap gam dlm sekolah, siap ajak kwn sekali. Sudahnya cikgu yg kena saman?

— Madame Masz (@maszvellous) December 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Teringin nak tengok muka parents yg saman cikgu Azizan sebab tak dpt terima anak dorg mcm sampah masyarakat

— oneychan(@wannurakmal) December 17, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 31 Okt lalu, Azizan telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama satu setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Selain itu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) turut menyeru guru di seluruh negara tampil menunjukkan sokongan moral kepada Azizan.
#Cikgu Azizan #hisap gam #kes buli #mahkamah #pelajar gaduh #pelajar masalah #ponteng kelas #PrayForCikguAzizan #Sekolah Kebangsaan Taman Semarak
;