Kes tampar murid: 'Tindakan Cikgu Azizan untuk membentuk anak bangsa cemerlang' - Netizen

Nursyazwani Saiful Sham
Disember 19, 2017 12:58 MYT
Ramai yang menganggap tindakan Cikgu Azizan adalah satu tindakan yang tepat bagi mendidik anak murid yang sering kali melakukan kesilapan berat. - Foto: Kami Guru Malaysia
Selepas dilepaskan tanpa dibebaskan, tindakan 'Cikgu Azizan' terus mendapat sokongan dari netizen.
Ramai yang menganggap tindakan guru disiplin Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai itu adalah satu tindakan yang tepat bagi mendidik anak murid yang sering kali melakukan kesilapan berat.
Kata seorang pengguna Twitter, @halim_eksi: "Alhamdulillah, moga Cikgu Azizan dan guru keseluruhannya komited untuk terus mendidik & membentuk anak bangsa yang lebih cemerlang. Kepada ibu bapa seperti saya, kita telah mengamanahkan anak-anak kita untuk dididik sebaiknya, ada kelemahan bawalah berbincang dengan berhemah."

Alhamdulillah...moga Cikgu Azizan dan guru keseluruhannya komited untuk terus mendidik & membentuk anak bangsa yang lebih cemerlang. Kepada ibubapa seperti saya, kita telah mengamanahkan anak2 kita utk dididik sebaiknya, ada kelemahan bawalah berbincang dengan berhemah. https://t.co/B00xUVerAg

— Halim Eksi (@halim_eksi) December 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semoga cikgu hari ini setabah cikgu Azizan. Semua orang boleh mengajar, tak semua orang boleh mendidik.

— Aisyah Omran ‿ (@aisyahomran) December 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kemenangan cikgu azizan harini bererti kemenangan kepada semua generasi pelajar yang pernah kene rotan dengan cikgu masa sekolah dulu. Kami kene rotan pun kami tak triggered sebab kami tahu kami memang nakal. Dan kami tahu cikgu rotan untuk didik kami. Nothing personal pun.

— ZULMALC (@ZUL_MALC) December 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alhamdulillah, terharu dgn berita pembebasan Cikgu Azizan. Semoga dipermudahkan segala urusan pada masa akan dtg. Teruskan berjuang, cikgu!

— The only me (@Izzajunior94) December 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Alhamdulillah kes cikgu azizan selesai. Teruskan bkhidmat cikgu azizan /p>— Teacher D (@diyanahramlee) December 19, 2017

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Bertabah lah cikgu azizan sesungguhnya anda seorang cikgu yg berwibawa, berani dan tegas

— Qila Suhaimi (@QilaSuhaimi_) December 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 31 Okt lalu, Azizan telah didakwa oleh Mahkamah Majistret Seremban di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas pertuduhan mencederakan seorang murid Tahun Lima dengan sengaja di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.
Menurut dakwaan, Azizan menampar murid berusia 11 tahun itu yang dikatakan melakukan kesalahan disiplin berat berulang termasuk menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.
BACA: Solidariti menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan
#Azizan Manap #Cikgu Azizan #dibebaskan #didik pelajar #dilepaskan #Sekolah Kebangsaan Taman Semarak #tampar pelajar
;