Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah

Firdaus Azil
Julai 28, 2020 09:15 MYT
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, seawal 6 pagi tadi. -Bernama
Ratusan penyokong bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, seawal 6 pagi tadi.
Mereka hadir bagi memberi sokongan kepada Ahli Parlimen Pekan itu, berhubung kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang secara haram berjumlah RM42 juta dari sebuah unit di bawah 1MDB, iaitu SRC International Sdn Bhd.
Kebanyakan mereka memakai baju biru dan merah dengan tulisan “BossKu” di belakang, perkataan yang sinonim dengan bekas perdana menteri itu.
Antara pemimpin kanan politik yang kelihatan bersama-sama penyokong adalah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Keputusan mengenai kes Najib akan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali sekitar 10 pagi nanti.
BACA: Kes SRC International: Nasib Najib Razak bakal ditentukan

Ikuti LAPOR LANGSUNG perkembangan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

#1MDB #Ahmad Maslan #Ahmad Nazlan Mohd Ghazali #Ahmad Razif #kompleks mahkamah kuala lumpur #mahkamah #Mohamad Hasan #Najib Razak #politik #SRC International
;