Kes SRC: Pengurus AmBank tidak tahu maklumat lanjut kemasukan dana dari Arab Saudi

Isabelle Leong, Hasimi Muhamad
April 30, 2019 16:29 MYT
Uma Devi juga memaklumkan transaksi (dipercayai dana didakwa dari Arab Saudi) ke akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada melibatkan apa-apa yang mencurigakan sehingga ia boleh membimbangkan. - BERNAMA
Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R. Uma Devi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tiada maklumat lanjut mengenai kemasukan dana dari Kementerian Kewangan Arab Saudi.
Sebaliknya, menurut saksi ke-21 itu ketika disoal balas oleh ketua pembelaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pemindahan wang dalam jumlah yang besar dari luar negara boleh membawa kepada siasatan mengenai sumber wang tersebut.
“Jika transaksi adalah melebihi RM500,000 dan ke atas, ia mungkin boleh menjurus kepada siasatan,” katanya.
Uma Devi juga memaklumkan transaksi (dipercayai dana didakwa dari Arab Saudi) ke akaun bank bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiada melibatkan apa-apa yang mencurigakan sehingga ia boleh membimbangkan.

Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R Uma Devi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tiada maklumat lanjut mengenai kemasukan dana dari Kementerian Kewangan Arab Saudi. @501Awani

— Hasimi Muhamad (@KeyMieMuhamad) April 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Shafee juga bertanya sama ada “alarm” telah dikeluarkan setelah jumlah wang yang besar dimasukkan ke akaun Ahli Parlimen Pekan itu.
Menjawab persoalan tersebut, Uma Devi berkata setakat pengetahuannya, beliau tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

Soal balas terhadap Uma Devi diteruskan oleh Tan Sri Shafee Abdullah. Peguam bela itu antaranya bertanya, adakah terdapat alarm dikeluarkan apabila ada jumlah wang yg besar dimasukkan ke akaun Najib? Jawab saksi itu, setakat pengetahuannya, tiada. @501Awani

— Hasimi Muhamad (@KeyMieMuhamad) April 30, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kata Uma Devi, hanya kakitangan yang bertugas ketika itu mempunyai maklumat lebih banyak mengenainya.
Beliau turut berkata sebarang transaksi melibatkan dana berjumlah RM50,000 dan ke atas yang dipindah masuk atau keluar ke luar negara perlu diisytiharkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
Katanya, sistem tersebut sudah wujud sebelum 2013 yang memerlukan pelanggan untuk menyatakan tujuan pemindahan dana berkenaan.
“Ia merupakan tanggungjawab pelanggan untuk mendapatkan surat kebenaran daripada BNM.
“Jika tiada surat kebenaran daripada BNM, bank tidak akan memproses permintaan (pemindahan dana) tersebut,” katanya.
#ambank #Bank Negara Malaysia #Kementerian Kewangan Arab Saudi #Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur #Muhammad Shafee Abdullah #Najib Razak #R Uma Devi #SRC International #Uma Devi
;