Kes sporadik membimbangkan, ini 5 tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini

Firdaus Azil
Jun 21, 2021 11:55 MYT
Kes sporadik membimbangkan, ini lima perkara tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Sebanyak 4,611 kes positif baharu COVID-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, dengan Selangor terus menjadi negeri tertinggi dengan 1,346 kes.
Selain itu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sporadik di Lembah Klang berada di paras membimbangkan.
Berikut lima tumpuan kenyataan media beliau pada 21 Jun, 2021:
1. 4,611 kes baharu tercatat, jumlah kumulatif kes lepasi angka 700,000.
2. 69 lagi kes kematian tercatat, jumlah kumulatif kematian sebanyak 4,477.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 62,918 kes.
4. 880 pesakit sedang dirawat di ICU, 452 perlukan bantuan pernafasan.
5. Kes sembuh sebanyak 5,439 kes, peratusan sembuh meningkat kepada 90.4 peratus.
BACA: COVID-19: Negara catat 4,611 kes baharu, lepasi angka 700 ribu untuk kes kumulatif
BACA: COVID-19: Kes sporadik Selangor dan KL tinggi, membimbangkan - Dr Noor Hisham
#Dr Noor Hisham Abdullah #lima perkara #Kes Sporadik #COVID-19 #kes positif #ICU