Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman

Astro Awani
Mei 15, 2024 11:06 MYT
Suspek diiringi pegawai SPRM ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman.
KUALA LUMPUR: Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana pinjaman daripada Kementerian Kewangan (MOF) bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.
Kedua-dua suspek yang berusia 50 tahun itu didakwa menyalahgunakan dana itu dengan memindahkan sebahagian pinjaman wang kepada syarikat kontraktor dan perunding yang tidak berkaitan dalam kos pembangunan seperti dinyatakan di dalam permohonan.
Suspek direman empat hari bermula 15 Mei selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman yang dikemukakan SPRM.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman terhadap dua suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
#pegawai kanan #Badan Berkanun #kes seleweng dana #bilion #SPRM