Kes salah laku seks: Personaliti program realiti direman lagi
Astro Awani
Disember 7, 2020 13:53 MYT
Disember 7, 2020 13:53 MYT
PETALING JAYA: Bekas peserta program televisyen realiti berkonsep agama yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol di Shah Alam dibawa pula ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.
Penolong pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Siti Mazrah Mohamad membenarkan tertuduh yang berusia 26 tahun itu direman selama lima hari.
Suspek yang dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga tiba di hadapan pintu masuk mahkamah pada jam 10.30 pagi dengan diiringi anggota polis.
Lelaki itu kemudian dibawa ke bilik reman di tingkat satu kompleks bangunan mahkamah.
Suspek direman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan berhubung laporan polis yang diterima berkaitan kes rogol terhadapnya yang berlaku di daerah Petaling Jaya.
Sebelum ini polis petaling jaya menerima dua laporan polis terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol dan satu lagi atas dakwaan cabul dan seks luar tabii.
Sebelum dibawa ke petaling jaya, tertuduh direman selama 10 hari di shah alam bagi bantu siasatan kes merogol.
#pendakwah selebriti
#reman
#kes rogol
#salah laku
#program televisyen realiti
#mahkamah
#Petaling Jaya
#polis
#PDRM