PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pecah amanah baru-baru ini boleh menjejaskan imej Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Ahmad Zahid, yang juga Menteri kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pihaknya tidak akan berkompromi apabila membabitkan aspek integriti serta meminta warga KKDW mengambil iktibar daripada kes itu.
Beliau berkata salah laku sedemikian perlu dielak daripada berulang kerana KKDW merupakan sebuah agensi yang dekat dengan rakyat khususnya di luar bandar.
"Hanya kerana nila setitik, persepsi terhadap organisasi akan bertukar menjadi negatif... soal integriti yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan atau kepentingan peribadi ini memang kita tak boleh berkompromi," katanya ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW 2022 di sini hari ini.
Sabtu lepas, media melaporkan mengenai penahanan penolong akauntan Kesedar, sebuah agensi di bawah KKDW, bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.
Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak 2016 hingga Mei 2023 melibatkan 194 transaksi wang daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik Kesedar ke akaun syarikat milik suspek yang secara keseluruhan berjumlah RM24,800,189.73.
Memuji pencapaian sejak beliau menerajui kementerian itu tujuh bulan lepas, Ahmad Zahid berkata momentum itu perlu dikekal dan ditambah baik bagi memastikan KKDW antara yang terbaik dalam kalangan semua kementerian.
"Saya berharap saudara dan saudari di KKDW akan terus mengekalkan budaya dan momentum kecemerlangan bagi memastikan KKDW terus cemerlang serta menjadi pemacu perubahan dalam memajukan masyarakat di desa," katanya.
Bagi melahirkan kakitangan berprestasi tinggi, Ahmad Zahid mahu kakitangan yang cemerlang membantu rakan sekerja yang berprestasi rendah agar mereka boleh mencontohi amalan kerja dan ciri-ciri yang baik dalam menjalankan tugasan masing-masing.
"Pendekatan yang boleh diambil ialah kaedah pementoran serta bimbingan daripada penyelia, ketua jabatan dan pegawai berprestasi tinggi dalam organisasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023
![Kes salah laku boleh jejas imej, KKDW - Ahmad Zahid Kes salah laku boleh jejas imej, KKDW - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685445776_TBzahid.jpg)
Ahmad Zahid, berkata pihaknya tidak akan berkompromi apabila membabitkan aspek integriti serta meminta warga KKDW mengambil iktibar daripada kes itu. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi [KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721096314_MohdSaidBaniCM.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan industri perhubungan awam: Memperkukuh kepercayaan, keterlibatan melalui integriti, inovasi
Dengan sokongan tiga pertubuhan utama, ekosistem ini hadapi cabaran signifikan, namun berpotensi besar untuk berkembang dan berinovasi.
![Integriti perlu diajar seawal di peringkat sekolah - EAIC Integriti perlu diajar seawal di peringkat sekolah - EAIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718381586_IsmailBakar.jpg)
Integriti perlu diajar seawal di peringkat sekolah - EAIC
Pengerusi EAIC) Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata perkara itu boleh dilakukan dengan memasukkan topik integriti ke dalam mana-mana pembelajaran di sekolah.
![JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717848298_JPN.jpg)
JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.
![Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715039164_TBRazlamAbHamid.jpg)
Tiga anggota Balai Polis Pulau Tikus ditahan
Polis Pulau Pinang hari ini mengesahkan penahanan tiga anggotanya yang bertugas di Balai Polis Pulau Tikus bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku, Jumaat Lepas.
![Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623208770_MediaGeneric.jpg)
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
![Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714962302_PMjpg.jpg)
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
![SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705450495_TBSPAN.jpg)
SPAN amal toleransi sifar terhadap isu rasuah, tatakelola
SPAN memandang serius sebarang isu melibatkan tatakelola, rasuah atau salah laku yang boleh menjejaskan tahap perkhidmatan dan imej industri perkhidmatan air negara.
![PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712380063_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar titip pesanan kepada anggota JKDM, JIM agar sentiasa disiplin dan berintegriti
Anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia diingatkan untuk sentiasa bertugas dengan penuh disiplin dan integriti.
![SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708837493_AzamBaki.jpg)
SPRM pastikan titah Agong dilaksanakan sepenuhnya, penuh integriti - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memastikan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan sepenuhnya, dan menjalankan tanggungjawab itu dengan penuh integriti.
![TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699958119_TBTIKTOKGENERIC.jpg)
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.