IPOH: Saksi kes rogol pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang beliau tidak mendengar sebarang tanda menunjukkan ada pihak lain bersama mangsa ketika membuat aduan.
Penerima aduan di Jabatan Tenaga Kerja, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur, Riki Sapari, 39, yang menjawab panggilan mangsa pada kira-kira 11 pagi, 8 Julai 2019 memberitahu mahkamah pada perbicaraan hari kedua hari ini ketika pemeriksaan semula oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Datuk Jamil Aripin.
"Tiada tanda-tanda atau suara bunyi lain pada saat mangsa berbicara dengan saya," kata saksi pendakwaan ketiga itu apabila disoal Jamil sama ada terdapat tanda-tanda atau bunyi seolah-olah mangsa bersama orang lain ketika membuat panggilan.
Riki juga memberitahu tidak bersetuju apabila peguam mencadangkan mangsa diajar untuk bercakap sedemikian tetapi sebaliknya percaya tiada sesiapa yang mengajarnya untuk melaporkan kejadian itu.
"Dari cara mangsa berbicara dalam keadaan...menangis, panik dan ketakutan. Maksudnya, saya bisa mengatakan bahawa tidak ada siapa pun (bersama mangsa).
"Maksud saya dalam keadaan orang berbicara seperti itu saya berpendapat ia natural," katanya.
BACA: Bicara kes rogol Paul Yong bermula di Mahkamah Tinggi Ipoh
BACA: Bicara kes rogol ADUN Tronoh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
Riki turut menjelaskan beliau menulis perkataan pelecehan seksual dalam sistem semasa pengaduan kerana mengikut pemahamannya ia turut termasuk dalam perlakuan pemerkosaan selain bukan dalam posisi untuk menentukan sama ada pemerkosaan berlaku dan melaporkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.
Perbicaraan dikendalikan Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed manakala pihak pendakwaan diketuai Jamil yang dibantu Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi dan Ainul Wardah Shahidan sementara pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Datuk Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.
Abdul Wahab kemudian membenarkan saksi pendakwaan keempat dipanggil iaitu Penyelia Stor Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Sarjan Mejar A. Anna Francisca untuk memberi keterangan.
Anna Francisca turut ditunjukkan barangan kes termasuk laporan kimia, Asid Deoksiribonukleik (DNA) dan rakaman kamera litar tertutup berbentuk CD berkaitan kes itu untuk pengecaman sebelum prosiding ditangguhkan pada sebelah petang.
Pada 21 Dis lepas, Mahkamah Tinggi di sini menetapkan sembilan hari bermula 30 Mac lepas untuk perbicaraan kes selepas Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumahnya itu di kediaman beliau di Meru Desa Park pada 7 Julai 2019 antara 8.15 malam dan 9.15 malam namun ditangguh sehingga dimulakan semalam.
Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Dis lalu Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan agar kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Yong pertama kali didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika beliau memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021
Yong pertama kali didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika beliau memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. - Gambar fail
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Kes rogol amah: Pendengaran rayuan akhir Paul Yong 23 Okt ini
Mahkamah Persekutuan menetapkan 23 Okt depan untuk mendengar rayuan akhir bekas ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah kes rogol.
Bekas ADUN Tronoh, Paul Yong kekal bersalah rogol amah
Mahkamah mengurangkan hukuman penjara daripada 13 tahun kepada lapan tahun dengan mengekalkan hukuman dua sebatan.
PBM bincang kedudukan Paul Yong pada Jumaat
PBM akan memperhalusi kedudukan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong, susulan sabitan salah merogol pembantu rumah.
Bersalah rogol pembantu rumah, Paul Yong dihukum penjara 13 tahun, dua sebatan
Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Nasib Paul Yong diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pembelaan pada jam 10 pagi.
29 Jun tarikh keputusan kes dakwaan rogol pembantu rumah Paul Yong
Sama ada Paul Yong Choo Keong didapati bersalah atau dibebaskan atas tuduhan merogol pembantu rumahnya.
Paul Yong dakwa wujud muslihat politik
ADUN Tronoh, Paul Yong turut mendakwa, terdapat juga usaha untuk menjatuhkan seorang lagi Exco yang dikaitkan dengan kes rasuah.
Keputusan kes Paul Yong didakwa rogol pembantu rumah diketahui esok
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed dijadualkan menyampaikan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 10 pagi.
Keputusan kes ADUN Tronoh didakwa rogol pembantu rumah 7 Disember
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan pada akhir kes pendakwaan.