Kes rasuah KSU: Apa yang kita tahu?

Ashwad Ismail
Januari 9, 2017 08:20 MYT
Siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan KSU KKLW telah mengisi tajuk utama #HariIni8 sejak minggu lalu. - fotoBERNAMA
Siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai tinggi sebuah kementerian telah mengisi tajuk utama #HariIni8 sejak minggu lalu.
Berikut fakta yang kita tahu setakat ini:
Siapa yang sedang disiasat SPRM?
Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan dua anak lelakinya yang berusia 29 dan 34 tahun, ditahan reman tujuh hari sejak Khamis lalu. SPRM juga akan memanggil kontraktor dan vendor yang dipercayai dianugerahkan projek ketika suspek memegang jawatan berkenaan, bagi membantu siasatan.
BACA: KSU Kementerian ditahan, wang tunai serta jongkong emas RM3 juta dirampas - SPRM
BACA: Rasuah: SPRM sahkan KSU yang ditahan dari KKLW
Apa kesnya?
Siasatan kes rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Sejak Bila suspek dijejaki SPRM?
SPRM bertindak selepas tiga bulan menjejaki suspek.
BACA: Lebih RM5 juta wang tunai dan jongkong emas dirampas
BACA: KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah - Ismail Sabri
Berapa lama suspek bertugas sebagai KSU KKLW?
Suspek dilantik menjawat jawatan tersebut di KKLW pada 16 Oktober 2015 dan difahamkan suspek juga adalah ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan.
Suspek pernah berkhidmat sebagai KSU di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan pernah menjadi timbalan ketua setiausaha dan pegawai kewangan negeri.
Berapa nilai rampasan harta milik suspek?
Serbuan pertama di rumah suspek di Subang Jaya selama 12 jam menemui jongkong emas, 150 beg tangan mewah, jam tangan berjenama dan mata wang asing bernilai RM3 juta.
SPRM kemudian merampas wang tunai bernilai kira-kira RM550,000 yang disembunyikan oleh anak suspek berusia 20-an di rumah tersebut.
BACA: Kes rasuah KSU: SPRM rampas dokumen di pejabat
BACA: Kes rasuah KSU: SPRM rampas wang tunai RM550,000 lagi
Setakat ini, SPRM mendapati suspek memiliki sekurang-kurangnya 10 lot tanah bernilai jutaan ringgit di sekitar Lembah Klang.
Sebuah MPV Toyota Estima milik anak suspek turut disita
#Datuk Azam Baki #KSU Kementerian ditahan #SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia