Banglo tersebut dikatakan untuk dijadikan pusat pengajian Al-Quran bagi golongan yang akan bersara dan pelajar tahfiz.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah tiba di lokasi kira-kira 10.40 pagi.
Beliau diiringi beberapa kenderaan polis dan sebuah kereta peronda polis (MPV) dan dikawal rapi anggota polis serta pengawal keselamatan.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffrey Ong dan barisan peguam bela Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh, yang mewakili Ahmad Zahid.

Pasukan pembelaan Ahmad Zahid sebelum ini menjemput Hakim Collin Sequerah untuk melawat dua banglo berkenaan bagi memberikan gambaran jelas keadaan terkini banglo berkenaan termasuk lokasinya serta jarak banglo itu dengan Surau An-Nur yang terletak di Country Heights.
Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akal Budi.