Kes pulih makin meningkat! Ini lima tumpuan kenyataan media COVID-19 hari ini

Astro Awani
Jun 16, 2020 10:25 MYT
Hari ini kes pulih COVID-19 terus mengalami peningkatan manakala kes baharu kekal dua digit. - Gambar fail
Hari ini kes pulih COVID-19 terus mengalami peningkatan. Manakala kes baharu kekal dua digit.
Berikut lima tumpuan utama dalam kenyataan media COVID-19 hari ini:
1. 333 kes COVID-19 pulih dan dibenarkan discaj hari ini melibatkan 307 bukan warganegara dan 26 warganegara.
2. 11 kes baharu dilaporkan iaitu satu kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara dan 10 kes penularan di dalam negara. Enam kes baharu adalah bukan warganegara, dan empat kes baharu adalah di rakyat Malaysia.
4. Enam kes baharu kalangan bukan warganegara melibatkan satu kes saringan untuk masuk kerja di Kuala Lumpur, satu kes Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2, tiga kes Kluster Pedas, dan satu kes Kluster Syarikat Pembersihan.
5. Empat kes melibatkan rakyat Malaysia melibatkan satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Putrajaya dan kemudian dipindah ke Hospital Sungai Buloh dan tiga kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (ke-8453).
5. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 121 kes.
#Hospital #kes positif #koronavirus #Kuala Lumpur #Malaysia #Media #Putrajaya #rakyat #rakyat Malaysia