PETALING JAYA:Dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar 'Datuk' yang videonya tular di media sosial kerana memukul pelanggan di sebuah restoran di Tropicana Avenue di sini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dan mengganggu pelanggan serta pekerja restoran itu.
Datuk Tan Wai Khan, 42, dan rakannya Ang Mow Loong, 40, membuat pengakuan itu, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abd Salim.
Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama telah mendatangkan kecederaan dengan memukul Kwan Pei Choong, 31, di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara pada 9 malam, 12 Jan lepas, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.
Kedua-dua lelaki itu juga dituduh bersama-sama melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan kegusaran kepada pelanggan dan pekerja di tempat dan masa sama, mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa yang membawa hukuman denda maksimum RM400.
Sementara itu, Tan turut mengaku bersalah atas dua lagi pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan dengan memukul Magdalene Wong Chung Yi, 31, dan rakannya Lee Dek Quan, 25, pada tempat dan masa sama, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Tan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan cara memecahkan pinggan mangkuk milik Kwan, pada tempat dan masa sama mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 12 bulan atau denda atau kedua-duanya.
Mahkamah menetapkan 2 April untuk sebutan semula kes-kes tersebut.
BACA: Anak 'Datuk' ditampar 'Datuk'
BACA: Datuk, rakan serang pelanggan restoran didakwa hari ini
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dihadapi kedua-dua tertuduh, namun peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Tan dan Ang, memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan, selain tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri.
Mahkamah membenarkan Tan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, manakala Ang sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin, bagi kesemua pertuduhan dihadapi mereka.
Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video berdurasi 29 saat, yang memaparkan insiden pukul di restoran berkenaan dan siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku apabila Tan berang ditegur seorang pelanggan di restoran berkenaan, kerana bercakap dengan nada suara yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 21 2021
Wai Khan (kiri), bersama rakannya Mow Loong (tengah), mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini. - Gambar/ Bernama
Polis siasat status kemasukan tujuh warga Indonesia maut dalam kemalangan
Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan status kemasukan tujuh warga Indonesia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sarikei petang semalam adalah secara sah atau sebaliknya.
AWANI 7:45 [20/11/2024] – Delegasi perniagaan bayar RM4.5 juta | Perolehan aset luar negara | Penjenayah perang | Polis 'curi tulang'
Kerajaan jimat hampir RM1 juta, PM ke lima negara.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Tun Daim.
Waran tangkap Netanyahu, kemenangan kepada dunia, kata PM.
Dron kenal pasti polis main golf waktu kerja.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
Raya bersederhana, Siti Nurhaliza utamakan anak-anak
"Cukup saya ada sepasang dua baju baharu, pakai saja yang lama"
SPRM tahan reman tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk
Menurut sumber, ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 dan 40-an ditahan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.
Datuk, 10 individu lain didakwa ahli kumpulan jenayah 'Geng Upik'
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan.
Datuk antara 5 ditahan sindiket pemprosesan dadah, penyeludupan arak
Anggota penguat kuasa turut merampas dadah, arak dan beberapa kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.
Reman pengasas syarikat penerbangan dilanjut
Reman seorang pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan bergelar 'Datuk' yang ditahan pada 17 Okt lepas dilanjutkan hingga esok.
Datuk antara 4 ditahan tawar projek berkaitan minyak, gas di Sabah
Semua individu termasuk wanita berusia 40 hingga 60-an itu ditahan pada 5 Jun lalu.
Datuk tidak mengaku tipu pembelian pesawat, helikopter
Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menipu dan memasuki perjanjian pinjaman untuk menjalankan perniagaan penyewaan.
Bekas pengerusi NGO bergelar Datuk antara ditahan SPRM
Bekas pengerusi NGO yang bergelar Datuk itu berumur 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berumur 43 tahun.
Selatan Thailand kembali jadi tumpuan Datuk, ahli politik untuk nikah
Kedatangan pasangan dari Malaysia menunjukkan trend peningkatan terutama orang kenamaan bergelar Datuk.
Penghibur legenda Francissca Peter, Siti Fairuz kini bergelar Datuk
Penganugerahan itu bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.