Kes pertama, kanak-kanak 11 tahun cedera akibat letupan mercun bola

Bernama
Mei 14, 2020 11:15 MYT
Kejadian berkenaan dipercayai kes pertama berlaku di negara ini pada Ramadan kali ini. Gambar fail
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera pada tangan dalam kejadian membabitkan letupan mercun yang dipercayai kes pertama di Malaysia pada Ramadan tahun ini.
Kejadian ketika dia bermain mercun bola itu berlaku berhampiran rumahnya di Besut, Kuala Terengganu kira-kira jam 9.15 malam tadi.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata mangsa kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
"Mangsa dikatakan memegang mercun bola tersebut dengan tangan kanan dan menyalakan sumbunya menggunakan tangan kiri sebelum ia meletup secara tiba-tiba.
"Mangsa dikejarkan ke Hospital Besut oleh keluarganya sebelum dibawa ke HUSM dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan mangsa adalah stabil dengan kesan melecur dan luka di jari telunjuk, jari tengah dan jari manis di tangan kanan," katanya.
- BERNAMA
#Besut #Hospital #Kanak-kanak #kesihatan #Kuala Terengganu #lelaki #mangsa #mercun #mercun bola #Ramadan
;