Kes pencerobohan Lahad Datu: Mahkamah perintah 19 tertuduh bela diri

Bernama
Februari 5, 2016 10:17 MYT
Insiden penceroboh pengganas dari selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Februari 2013. - Gambar fail
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 19 daripada 30 individu yang didakwa melakukan pelbagai kesalahan berkaitan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu tiga tahun lepas, untuk membela diri.
Hakim Stephen Chung membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap 16 warga Filipina termasuk seorang wanita dan tiga lelaki tempatan.
Mahkamah menetapkan tiga minggu mulai 22 Februari untuk perbicaraan.
Insiden penceroboh pengganas selatan Filipina itu menggemparkan negara setelah mereka menduduki kawasan perkampungan di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 dan kerajaan melancarkan Operasi Daulat pada 5 Mac dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam Operasi Daulat manakala 68 pengganas ditembak mati.
BACA: Mahkamah Tinggi dengar kes 30 individu di penjara Sabah
BACA: Insiden Lahad Datu jadi 'trending' tahun 2013
#individu diperintah bela diri #kedaulatan negara #kes pencerobohan Lahad Datu #pencerobohan bersenjata
;