Kes pelajar tertekan, kementerian pertimbang cadangan kaunselor di sekolah

Bernama
Disember 15, 2015 19:08 MYT
KAMALANATHAN: Kementerian Pendidikan sedang mempertimbang untuk menempatkan seorang kaunselor profesional di setiap sekolah. -Gambar fail
Kementerian Pendidikan sedang mempertimbang untuk menempatkan seorang kaunselor profesional di setiap sekolah bagi membantu pelajar menghadapi tekanan terutama berkaitan pelajaran mereka, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.
Beliau berkata kementerian sedang mencari kaunselor yang mempunyai kemahiran kaunseling.
Ini dilakukan berikutan terdapat kes pelajar yang membunuh diri kerana merasakan tidak dapat menjawab soalan peperiksaan (Matematik Tambahan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan lalu, katanya kepada media.
Sementara itu Kamalanathan berkata silabus mata pelajaran sedia ada cukup menyeluruh untuk mendidik pelajar agar tidak mudah terpengaruh dengan ideologi kumpulan militan IS atau Daish.
#daish #kamalanathan #kaunselor profesional #Kementerian Pendidikan #sekolah #SPM #tekanan
;