KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melakukan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak, berhubung siasatan kes melibatkan ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Kamarudin Md Din berkata segala siasatan dan tindakan dijalankan adalah telus, mengikut lunas undang-undang serta tidak melindungi kepentingan mana-mana pihak, selain arahan pertuduhan juga dilaksana seperti diarahkan Pejabat Peguam Negara.
Beliau berkata siasatan ke atas Nicky, 34, bermula pada 15 Mac tahun lepas, berkaitan pembabitannya dalam kes jenayah terancang, serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Hasil siasatan yang dijalankan, sebanyak 68 serbuan dilakukan di sekitar Selangor bagi menahan Nicky dan ahli kumpulannya pada 20 Mac tahun lepas, namun ahli perniagaan itu berjaya melarikan diri.
"Pada 9 April 2021, seramai 15 ahli kumpulan Nicky didakwa mengikut Seksyen 130 V Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya dan pada tarikh sama, Nicky turut didakwa di bawah kesalahan sama secara 'in-absentia'," katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA: Setahun diburu, Nicky Liow kini dihadap ke mahkamah
BACA: Nicky Liow mengaku tidak bersalah dakwaan gubah wang haram
Mengulas lanjut, Kamarudin berkata pada 30 Sept 2021, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Nicky Liow bagi kes jenayah terancang/SOSMA ekoran permohonan dari Pejabat Peguam Negara bagi menunggu siasatan melibatkan kesalahan pengubahan wang haram (AMLA) dilengkapkan.
"Seterusnya pada 23 Feb lepas, peguam Nicky Liow memfailkan rayuan dan berjaya mendapat perintah dibebaskan dan dilepaskan (DNA).
"Pada 8 Mac lepas, Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan, di atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan dan melepaskan Nicky Liow," katanya.
Kamarudin berkata berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Nicky Liow melalui peguamnya menghantar sepucuk surat kepada pihak polis, dan menyatakan kesediaannya untuk menyerah diri.
"Pada 23 Mac lepas, 26 pertuduhan difailkan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, ke atas Nicky Liow bagi kesalahan pengubahan wang haram dan waran tangkap diperoleh bagi memastikan beliau tidak terlepas dari sebarang pertuduhan," katanya.
Semalam, Nicky Liow tampil menyerah diri di pejabat JSJK Bukit Aman dan seterusnya ditahan.
Nicky didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, atas 26 pertuduhan terbabit dalam pengubahan wang haram bernilai lebih RM36 juta sejak 2016 hingga tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Kamarudin Md Din berkata segala siasatan dan tindakan dijalankan adalah telus. - Gambar fail/BERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.