KUALA LUMPUR: Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL) Datuk Zuraida Kamaruddin akan membangkitkan kes berhubung kewarganegaraan seorang anak tidak sah taraf yang gagal dalam kesnya di mahkamah kepada menteri bertanggungjawab atau Kabinet.
Beliau berkata ini bagi memastikan kanak-kanak itu mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Katanya beliau mengambil maklum keputusan majoriti panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas bahawa seorang anak tidak sah taraf tidak layak mendapat kerakyatan walaupun bapanya warganegara Malaysia.
"Walaupun kami menghormati keputusan yang dibuat badan kehakiman dalam melaksanakan tugas perlembagaan mereka, saya perlu menyatakan tidak setuju dalam kes ini.
"Kes ini yang mengesahkan lagi kes-kes berkaitan status kerakyatan anak tidak sah taraf yang telah pun diputuskan sebelum ini, sangat bertentangan dengan semangat keadilan dan belas ihsan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar tidak sah taraf.
"Sudah tiba masanya untuk kita tamatkan kerosakan yang ditimpa kepada orang yang tidak bersalah ekoran peruntukan yang sudah ketinggalan zaman, iaitu Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan yang digunakan untuk penghakiman majoriti dalam kes tersebut," katanya.
Zuraida berkata beliau komited ke arah pemansuhan atau pindaan perkara itu dan akan membangkitkannya kepada kerajaan.
Jumaat lepas, Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 4-3, menolak rayuan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun yang bapanya warganegara Malaysia dan ibunya rakyat Filipina, bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia.
Keputusan majoriti itu memutuskan Seksyen 17 Bahagian III Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan tanpa perkahwinan sah adalah mengikut kewarganegaraan ibunya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 30 2021
Menurut Zuraida tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar tidak sah taraf. - Foto BERNAMA
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
AWANI Ringkas: Korban konflik Israel-Palestin terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Prospek dan cabaran ekonomi Malaysia separuh kedua 2024
Kerajaan optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan akan berkembang pada kadar unjuran rasmi antara 4.0 peratus dengan 5.0 peratus bagi 2024, didorong pertumbuhan suku pertama yang lebih tinggi daripada jangkaan. Apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada prestasi ekonomi Malaysia dalam tempoh enam bulan lalu dan apakah yang akan menjadi perhatian di kalangan pelabur untuk prestasi separuh tahun kedua 2024?
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
Kewarganegaraan: Kaji, tangguh pindaan Seksyen 1(a) dan Seksyen 2(3) - MCRA
MCRA memohon kerajaan membuat kajian terperinci atau menangguhkan terlebih dahulu pindaan beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan.
Kewarganegaraan: KDN sudah buat keputusan 3,903 permohonan
Kementerian Dalam Negeri telah membuat keputusan terhadap 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan membabitkan individu bawah 21 tahun setakat 7 Mac.
KDN akan segerakan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan
Pada masa ini proses itu telah melepasi sesi perbincangan di peringkat Jemaah Menteri serta dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
KDN tidak terikat luluskan setiap permohonan kewarganegaraan
Shamsul Anuar berkata, tiada tempoh masa tertentu yang ditetapkan bagi pengeluaran keputusan, dan ia berbeza-beza mengikut keperluan kes
Isu kewarganegaraan: Pindaan pada perlembagaan atau mungkin pada akta lain
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan tiga jalur mendapatkan kewarganegaraan - penguatkuasaan undang-undang, pendaftaran dan naturalisasi menerusi Perkara 14,15, 16,19 dan 30.
Sebanyak 9,539 permohonan kewarganegaraan sudah dipertimbang - Saifuddin
Sebanyak 9,539 permohonan kewarganegaraan telah dipertimbang Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat September lalu, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Tiada kad pengenalan: JPN telah hubungi Melisa
JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan penelitian sewajarnya terhadap perkara itu sedang dibuat.
JPN nafi dakwaan 54,000 warga China diberi kewarganegaraan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial kononnya 54,000 warga China dalam proses diberikan kewarganegaraan untuk menjadi pengundi DAP.
KDN kenal pasti lapan cadangan untuk pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan
Namun, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tiada ketetapan dibuat setakat ini kerana perlu melalui proses lain di pelbagai peringkat.