Kes kebakaran babitkan kerugian RM3.3 bilion sepanjang 2018
Raja Hisyam Raja Zaid
Mei 9, 2019 20:59 MYT
Mei 9, 2019 20:59 MYT
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan kerugian lebih RM3.3 bilion membabitkan kebakaran struktur bangunan dan rumah sepanjang 2018.
Menurut Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohammad Hamdan Wahid jumlah tersebut membabitkan 6,626 premis bangunan dan rumah kediaman.
Sehubungan itu, JBPM akan mempertingkatkan kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat setempat bertujuan mengurangkan kadar tersebut dengan lebih agresif.
“JPBM sentiasa optimis untuk memastikan jumlah kebakaran struktur ini dapat dikurangkan setiap tahun,” katanya pada Forum ‘Rumah Pintar, Rumah Selamat' katanya di ibu negara pada Khamis.
Tambah beliau, pihak JBPM juga bercadang untuk menggunakan bahan kimia yang mampu mempercepatkan proses pemadaman dalam kes membabitkan kebakaran.
Bagi tujuan tersebut, pihaknya kini sedang dalam kajian untuk mengenalpasti bahan kimia yang difikirkan lebih sesuai dan efektif, kata Mohammad Hamdan.
#bomba
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#kebakaran
#kerugian
#Malaysia
#Mohammad Hamdan Wahid
#rumah