Kes jenayah di Terengganu turun sebanyak 16 peratus

Nur Fazlizai Ali
Ogos 1, 2021 08:24 MYT
Rohaimi berkata kes kecurian, pecah rumah dan curi motosikal antara tiga jenayah utama yang menyumbang kepada indeks jenayah di Terengganu. -Astro AWANI
KUALA NERUS: Trend jenayah di Terengganu menunjukkan penurunan sebanyak 16 peratus dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata penularan pandemik COVID-19 menjadi antara faktor penurunan kes jenayah di negeri itu.
Jelasnya sepanjang tempoh itu sebanyak 785 kes direkodkan berbanding 936 kes dalam tempoh yang sama pada tahun tahun lalu.
"Kalau kita bandingkan dengan tahun lalu, ia menunjukkan penurunan sebanyak 16 peratus. Maknanya trend jenayah ini menurun sedikit sebanyak akibat penularan virus COVID-19," katanya.
COVID-19 | Kadar jenayah di Terengganu turun 16 peratus
Beliau berkata kes kecurian, pecah rumah dan curi motosikal antara tiga jenayah utama yang menyumbang kepada indeks jenayah di Terengganu.
Daripada jumlah itu, kes kecurian menjadi penyumbang utama apabila sebanyak 294 kes atau 37 peratus direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Rohaimi berkata ini diikuti kes pecah rumah iaitu sebanyak 251 kes atau 32 peratus.
Manakala kes kecurian motosikal pula merekodkan sebanyak 111 kes atau 14 peratus kepada keseluruhan jenayah di Terengganu.
Rohaimi berkata, trend penurunan itu hasil operasi dilakukan pihak polis secara berterusan bagi mengesan aktiviti jenayah di lapangan.
#trend jenayah #COVID-19 #kes kecurian #Rohaimi Md Isa #pecah rumah #curi motosikal #trend penurunan #pandemik #motosikal #terengganu