Kes jemaah tabligh Sri Petaling merangkumi hampir separuh kes COVID-19 di Malaysia - Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Mei 19, 2020 09:25 MYT
Kluster dan sub kluster Sri Petaling menyumbang kepada 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di Malaysia. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sebanyak 927 kes dalam siasatan (PUI) telah dikenalpasti mempunyai hubungan kait dengan perhimpunan jemaah tabligh di masjid Sri Petaling.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kes COVID-19 membabitkan kluster tersebut meningkat kepada 3,347 kes berbanding 2,375 kes sebelum ini.
"Ini bermakna kluster dan sub kluster Sri Petaling menyumbang kepada 48 peratus daripada jumlah kes COVID-19 di Malaysia.
"Kluster ini telah melibatkan lima generasi dan sekarang ini kita lihat kes kematian di kluster tabligh ada 33 kes bersama 0.99 peratus," katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.
#coronavirus #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #kesihatan #KKM #koronavirus #Malaysia #Noor Hisham Abdullah #perhimpunan #siasatan