JOHOR BAHRU:Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sentiasa terbuka untuk memberikan kefahaman berhubung ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah kepada seluruh masyarakat negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata ini termasuk memberi kefahaman kepada mereka yang terlibat dalam ajaran 'Agama Melayu' yang dipercayai dibawa oleh individu dikenali sebagai 'Ibu Yati'.
"Yadim akan menerima semua pihak yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung agama Islam yang sebenar. Kita sangat-sangat terbuka," katanya kepada pemberita pada program Yadim Peduli: Ziarah Prihatin Sempena Tahun Baharu Cina di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu ajaran 'Agama Melayu' yang sebelum ini dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa selepas dikatakan menggunakan lafaz syahadah yang pelik serta disambung dengan pengakuan "Aku Melayu" sebanyak tujuh kali.
BACA: [EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza
Tuan Kamarul Arief berkata pihaknya akan menggerakkan Majlis Amal Islami iaitu satu entiti di bawah Yadim untuk memberikan kefahaman berhubung ajaran Islam sebenar selain menggiatkan usaha menerusi pelbagai platform lain termasuk media sosial.
Menurutnya, pelbagai program penerangan kepada masyarakat sedang diatur Yadim merangkumi penggunaan webinar dan Facebook selain bergerak ke seluruh negara menerusi program Nadwah Islam Kekuatan Ummah (Nadiku 2021), yang dijangka dilakukan akhir bulan ini.
Mengenai program ziarah prihatin tersebut, Tuan Kamarul Arief berkata pihaknya memperuntukkan RM30,000 untuk menyalurkan sumbangan barangan keperluan seperti beras, lampin pakai buang, telekung serta bantal kepada Persatuan Kebajikan Orang Tua Ceria Johor Bahru, Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan serta 10 Rumah Saudara Kita di sekitar bandar raya ini.
Program dengan kerjasama Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Johor dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Johor itu katanya mengetengahkan konsep harmoni dalam memupuk perpaduan sekali gus menonjolkan Islam sebagai agama yang indah.
Bernama
Fri Feb 12 2021
![Kes Ibu Yati: Yadim terbuka beri kefahaman berhubung Islam kepada masyarakat Kes Ibu Yati: Yadim terbuka beri kefahaman berhubung Islam kepada masyarakat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613134489_yadimlogo.jpg)
Pelbagai program penerangan kepada masyarakat sedang diatur Yadim merangkumi penggunaan webinar dan Facebook. - Gambar fail
![Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721123316_TBMahkamah.jpg)
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
![Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694408676_smartcity.jpg)
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686778902_RamliMohdNor.jpg)
Timbalan Speaker Dewan Rakyat buat laporan polis berkaitan hasutan, fitnah di Facebook
Datuk Ramli Mohd Nor mendapati hantaran pemilik akaun itu sangat tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.
AWANI Ringkas: Pan-Gon letak jawatan | Ini pandangan peribadi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Pemenang Anugerah Kajai, Ibu Yati meninggal dunia Pemenang Anugerah Kajai, Ibu Yati meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688987373_TBBELASUNGKAWANOORHA.jpg)
Pemenang Anugerah Kajai, Ibu Yati meninggal dunia
Allahyarham pernah berkhidmat di beberapa agensi media termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian serta Media Variasi.
![Doktrin palsu agama Islam: 'Ibu Yati', dua individu mengaku tidak bersalah Doktrin palsu agama Islam: 'Ibu Yati', dua individu mengaku tidak bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627453022_IbuYati.jpg)
Doktrin palsu agama Islam: 'Ibu Yati', dua individu mengaku tidak bersalah
Tiga individu termasuk bekas wartawan, Wan Norhayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Ibu Yati mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjelaskan doktrin palsu berkaitan agama Islam.
![Isu kontroversi Sajat, Ibu Yati akan dibincang kerajaan bersama jabatan agama Isu kontroversi Sajat, Ibu Yati akan dibincang kerajaan bersama jabatan agama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614264279_DatukDrZulkifliMo.jpg)
Isu kontroversi Sajat, Ibu Yati akan dibincang kerajaan bersama jabatan agama
Perbincangan pada Isnin ini turut melibatkan isu kontroversi usahawan kosmetik Nur Sajat dan juga Ibu Yati.
![Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612273594_TBIbuYati.jpg)
Resolusi fahaman 'Ibu Yati' disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja - Zulkifli
Resolusi Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-118 berhubung fahaman 'Ibu Yati' telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja.
![Tiada fahaman 'Islam Melayu' atau 'Ibu Yati' dikesan di negeri Kedah - Mufti Tiada fahaman 'Islam Melayu' atau 'Ibu Yati' dikesan di negeri Kedah - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/51587100075_Kedahbenarsolat.jpg)
Tiada fahaman 'Islam Melayu' atau 'Ibu Yati' dikesan di negeri Kedah - Mufti
Umat Islam di negeri itu harus berpegang teguh kepada ajaran Islam berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terpengaruh dengan fahaman seumpama itu.
![[EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza [EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612871445_IbuYati.jpg)
[EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza
Bagi Dr. Mohd Asri kiraanya sudah jelas untuk hukum hakam agama Allah ini dalam menentukan daerah keimanan mereka berdasarkan apa yang telah dilakukan.
![Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71612240004_DrZulkifli.jpg)
Pihak berkuasa agama bermuzakarah terlebih dahulu sebelum fatwakan ajaran sesat - Zulkifli
Untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, ia perlu dilakukan dengan amat berhati-hati bagi memastikan tindakan atau keputusan yang diambil kelak tidak dianggap gopoh atau kekurangan maklumat.
![Ibu Yati didakwa buat kenyataan di FB berhubung koronavirus Ibu Yati didakwa buat kenyataan di FB berhubung koronavirus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580892078_KLMAHKAM.jpg)
Ibu Yati didakwa buat kenyataan di FB berhubung koronavirus
Dia didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana golongan awam.