Kes HFMD di Pulau Pinang meningkat

Astro Awani
Julai 26, 2018 16:15 MYT
24 kanak-kanak masih menerima rawatan di hospital berbanding 13 kes pada Selasa lepas. - Gambar hiasan
Pulau Pinang terus mencatatkan peningkatan kes penularan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD) sejak beberapa minggu lepas.
Menurut Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKPP), sehingga 25 Julai, 96 kes baharu dilaporkan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,696 kes berbanding 1,117 bagi tempoh sama tahun lepas.
Daripada jumlah itu, 24 kanak-kanak masih menerima rawatan di hospital berbanding 13 kes pada Selasa lepas.
Sementara itu, 20 premis masih lagi ditutup akibat penularan wabak itu.
Sehingga kini JKPP turut memaklumkan telah membuat pemeriksaan ke atas 850 premis.
#HFMD #JKKP #penularan #penyakit #pulau pinang