Kes hasutan: Hishamuddin Rais akan serah diri

Teoh El Sen
Mei 28, 2013 23:45 MYT
Polis kini sedang mengesan aktivis dan pemimpin Bersih 2.0 Hishamuddin Rais.
Hishamuddin merupakan satu-satunya suspek yang masih belum diberkas walaupun waran tangkap sudah dikeluarkan berkaitan dengan siasatan di bawah Akta Hasutan 1948 petang tadi.
Menerusi akaun Twitter Fahmi Fadzil, beliau mengesahkan telah menerima SMS daripada Hishamuddin sendiri yang menyatakan akan menyerah diri.

TERKINI: Terima SMS dari Isham Rais: "Aku otw to court.serah diri. Tk"

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) May 29, 2013
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Empat lagi yang lain—iaitu Mohd Tamrin Abdul Ghafar, Harris Fatillah Mohamed Ibrahim (Haris Ibrahim), Muhammad Safwan Anang @ Talib, dan Chua Tian Chang (Tian Chua) telah diberkas semalam.
Menurut satu kenyataan akhbar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh, waran tangkap di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan telah dikeluarkan oleh mahkamah majistret.
“Penama di para 1 hingga 4 waran tanggap telah disempurnakan dan dikehendaki hadir ke Mahkamah Seksyen Jenayah 1, Kuala Lumpur pada 29 Mei 2013 jam 8.30 pagi.”
“Manakala waran terhadap penama di para 5 masih belum dilaksanakan,” katanya.
#Amar Singh #haris ibarhim #Hishamuddin Rais #police #Safwan Anang #Sedition Act #Tamrin Abdul Ghafar #Tian Chua
;