Kes harian COVID -19 dijangka turun ke satu angka pertengahan Mei - Dr Noor Hisham

Bernama
April 28, 2020 19:00 MYT
Bagaimanapun capaian kepada unjuran ini bergantung kepatuhan rakyat kepada norma-norma baharu yang diamalkan mereka, sejak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dikuatkuasakan. - Gambar fail
Jumlah kes positif harian COVID-19 dijangka turun kepada satu angka pertengahan Mei ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini, katanya berdasarkan kes positif harian dalam negara yang merekodkan jumlah dua angka sepanjang seminggu lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata capaian kepada unjuran ini bergantung kepatuhan rakyat kepada norma-norma baharu yang diamalkan mereka, sejak Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dikuatkuasakan.
"Kalau tak ada keperluan di luar, duduk di rumah...itulah mesej kita. Sekarang ini duduk di rumah paling selamat, tak dapat jangkitan dari seorang ke seorang.
"Sekarang ini kes kebolehjangkitan pun semakin berkurang...kita harapkan kes ini dari 1,700 kini akan berkurang kepada 1,000, dan kemudiannya 500," katanya dalam sidang media hariannya mengenai COVID-19 di sini, hari ini.
#coronavirus #COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Ketua Pengarah Kesihatan #koronavirus #Noor Hisham Abdullah
;