Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu sama ada pengadu kongsi gambar lucah

Alexion Mairin
Disember 21, 2022 16:20 MYT
Saksi pendakwaan kes seksual melibatkan Ebit Lew, Firdaus Wong menegaskan tidak pernah dimaklumkan oleh pengadu berhubung gambar payudara yang dikongsi dengan tertuduh yang juga pendakwah terkenal itu. - Gambar Astro AWANI
TENOM: Saksi pendakwaan kes seksual melibatkan Ebit Lew, Firdaus Wong menegaskan tidak pernah dimaklumkan oleh pengadu berhubung gambar payudara yang dikongsi dengan tertuduh yang juga pendakwah terkenal itu.
Bahkan, pengasas dan Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) itu juga mengesahkan, tidak mengetahui sama ada pengadu ada mengirim gambar lucah tersebut atau sebaliknya.
"Beliau (pengadu) memang tidak pernah memberitahu kepada saya. Malahan saya juga tidak bertanya kepada beliau dan ini kali pertama saya melihat gambar berkenaan.
"Saya juga tidak boleh pastikan sama ada gambar lucah itu adalah gambar payu dara pengadu atau orang lain," katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria pada sesi pemeriksaan semula perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom hari ini.
#kes seksual Ebit Lew #gambar payudara #Firdaus Wong #pendakwah bebas
;