Kes Ebit Lew: Saksi pertama dipanggil semula

Alexion Mairin
September 30, 2022 10:00 MYT
Ebit tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom sekitar jam 9.20 pagi. - Astro AWANI
TENOM: Prosiding perbicaraan kes gangguan seksual mengaitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew memasuki hari empat, hari ini.
Berlangsung di Mahkamah Majistret Tenom, prosiding adalah hari terakhir sebelum tarikh baharu perbicaraan ditetapkan.
Saksi pendakwaan pertama, Mohd Fairuz Abu dipanggil semula bagi menyambung pemeriksaan balas.
Sementara itu, Ebit tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.20 pagi menaiki kereta jenis pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam dengan ditemani peguam.
Terdahulu, Ebit pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan melibatkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi Whatsapp.
Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.
Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.
Perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Lew berlangsung 27 hingga 30 September.
#Ebit Lew #gangguan seksual #saksi pendakwaan #Mohd Fairuz Abu
;