Kes dera bayi: Ibu bapa mangsa cadang ambil tindakan undang-undang

Adie Sufian Zulkefli
Januari 13, 2016 18:42 MYT
Ibu bapa kepada bayi berusia 3 bulan yang dipercayai didera oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Jitra, Kedah bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya anak mereka didera.
Ibu bapa kepada bayi berusia 3 bulan yang dipercayai didera oleh pengasuhnya di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Jitra, Kedah bercadang mengambil tindakan undang-undang sekiranya anak mereka didera.
Namun ketika ini, mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kepada anak mereka yang masih dalam keadaan kritikal.
Ashraf Abdullah dan pasangan Siti Marlina Md Guzali bimbang keadaan anak mereka yang masih berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Sehubungan itu, mereka menyerahkan kes ini sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dan mencari individu yang bertanggungjawab.
"Saya akan fikir kemudian tindakan yang akan saya buat. Saya serah semua kepada pihak polis untuk lakukan apa yang sepatutnya.
"Sama ada nak saman atau tidak, saya akan fikir kemudian. Setakat ini fokus kepada anak saya dahulu, rawatan dan keperluan anak saya, itu tanggungjawab saya sekarang," kata Ashraf.
Menurut Ashraf, sejak dimasukkan ke HSB Isnin lalu, anaknya masih belum menunjukkan sebarang perkembangan positif dan masih tidak sedarkan diri.
Katanya lagi, doktor pakar sentiasa memantau rapi perkembangan kesihatan anaknya.
Pada Selasa, bayi malang itu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Wad Kanak-Kanak (PICU) di HSB kerana pendarahan serius di dalam kepala.
Kes masih disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.
#Ashraf Abdullah #bayi #dera #HSB #Jitra #Siti Marlina Md Guzali
;