Kes denggi di Kelantan menurun berbanding tahun lalu

Vivi Sumanti
September 28, 2017 14:50 MYT
Jumlah kes demam denggi di Kelantan dilaporkan menurun sepanjang tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas. -Gambar hiasan
Jumlah kes demam denggi di Kelantan dilaporkan menurun sepanjang tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata sebanyak 2,237 kes dengan dua kematian dicatatkan tahun ini berbanding tahun lepas iaitu 4,422 kes melibatkan lapan kematian.
Dr Ahmad Razin berkata tahap kebersihan yang kurang memuaskan menjadi punca pembiakan jentik-jentik di sekitar Kota Bharu.
“Amalan gaya hidup sihat masih di tahap rendah walaupun rakyat sedar punca wabak denggi disebabkan persekitaran kotor yang boleh menyebabkan berlaku pembiakan nyamuk aedes,” katanya pada sidang media selepas Majlis Gotong Royong Perdana, di sini, hari ini.
#aedes #denggi #Dr Ahmad Razin Ahmad Maher #jentik-jentik #kesihatan #Kota Bharu
;