Polis tidak menolak kemungkinan terdapat individu lain terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak Britain, Freddie Joseph di Bangsar, di sini pada 8 Nov.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, pihaknya telah menyoal siasat bekas pembantu rumah yang pernah berkhidmat dengan keluarga kanak-kanak itu dan teman lelakinya sejurus penahanan mereka pada 10 Nov, tetapi ia tidak membawa sebarang petunjuk positif.
"Jadi kami syak ada lagi suspek terlibat. Harap maklumat tentangnya boleh diperoleh menerusi rakaman percakapan dengan ibu mangsa sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari Rabu.
Joseph, setahun lapan bulan, diculik seorang lelaki dan wanita di rumahnya di Bangsar, ketika ibunya masuk ke dalam rumah selepas memberi anaknya itu makan di halaman rumah mereka.
Kanak-kanak itu dijumpai oleh orang awam di Taman Tasik Titiwangsa di sini, 18 jam selepas diculik.
Mohmad berkata, ibu kanak-kanak itu yang masih dalam keadaan trauma diharap dapat memberi gambaran sebenar kejadian itu supaya memudahkan polis membuat siasatan.
"Kami harap sewaktu percakapan dirakam dia beri kerjasama yang baik," katanya.
Dalam kes lain, Mohmad berkata pihaknya sedang mengemaskini semua bukti kes rompakan kedai emas di Festival City Setapak, di sini, pada 31 Okt lepas untuk membolehkan suspek didakwa atas tuduhan menyamun.
"Sekarang kami sedang berusaha mencari teman wanita suspek utama untuk membantu siasatan. Gambarnya telah disebarkan kepada umum untuk membolehkan orang ramai membuat laporan sekiranya terserempak dan ternampak wanita itu," katanya.
Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, suspek yang merupakan pengawal keselamatan di pusat membeli-belah itu yang lengkap berpakaian seragam bertindak mengacukan senjata api kepada empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.
Terdahulu, ketika berucap pada perhimpunan bulanan itu Mohmad berkata indeks jenayah di ibu negara menurun sebanyak 1,041 kes atau lima peratus bagi tempoh Januari hingga November ekoran Ops Cantas.
Bernama
Wed Nov 13 2013
![Kes culik Freddie: Polis percaya ada lagi suspek terlibat Kes culik Freddie: Polis percaya ada lagi suspek terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/61384069538_295x200.jpg)
Gambar fail Freddie Joseph bersama ibunya Sarah Joseph selepas kanak-kanak itu ditemui minggu lalu.
![Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin' Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721094442_ManchesterUnited.jpg)
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
![Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721095061_XherdanShaqiri.jpg)
Shaqiri umum bersara daripada bola sepak antarabangsa
Shaqiri bermain hanya dua kali pada kejohanan Euro 2024 di Jerman, beraksi selama 71 minit untuk Switzerland.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Guna EV di Felda, ladang Guna EV di Felda, ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091183_GunaEVdiFeldala.jpg)
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091171_scammer.jpg)
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705116097_pengemiswargaasing.jpg)
Imigresen tahan 10 warga asing termasuk kanak-kanak mengemis di Bangsar
13 individu diperiksa dalam operasi bermula pada 12.15 tengah hari itu susulan aduan orang ramai berhubung kegiatan mengemis.
![Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643035234_majlisHariPsikolo.jpg)
Ras Adiba tumpu usaha cari Zalina Azman di Bangsar
Ras Adiba berkata ini kerana kawasan berkenaan mempunyai nilai sentimental kepada mereka berdua .
![Polis nafi dakwaan paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun Polis nafi dakwaan paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61643041616_TBamihizam.jpg)
Polis nafi dakwaan paksa pasangan kekasih tarik balik laporan disamun
Polis menafikan bahawa pihaknya telah memaksa sepasang kekasih yang mendakwa disamun di Bangsar menarik semula laporan seperti yang tular melalui satu ciapan di laman Twitter hari ini.
![154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis 154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644678134_pemeriksaanpusathi.jpg)
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
![Jalan Maarof ditutup pagi Ahad untuk kerja tampalan - DBKL Jalan Maarof ditutup pagi Ahad untuk kerja tampalan - DBKL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51619888890_jalanmendapjalan.jpg)
Jalan Maarof ditutup pagi Ahad untuk kerja tampalan - DBKL
Jalan Maarof telah ditutup secara keseluruhan kepada lalu lintas sehingga jam 5 pagi Ahad untuk membolehkan kerja-kerja tampalan sementara jalan yang rosak dilaksanakan.
![Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51619888890_jalanmendapjalan.jpg)
Hujan lebat, tanah mendap di Jalan Maarof
Kejadian hujan lebat serta ribut petir sejak petang Sabtu mengakibatkan kerosakan teruk di Jalan Maarof, Bangsar malam tadi.
![Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615692612_mautbangsar.jpg)
Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas
Pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya.
![Sebuah rumah teres di Bangsar hampir hangus dalam kebakaran Sebuah rumah teres di Bangsar hampir hangus dalam kebakaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51612542353_TBKEBAKARANTELAWI.jpg)
Sebuah rumah teres di Bangsar hampir hangus dalam kebakaran
Kebakaran dapat dikawal pada jam 9:50 malam dan padam sepenuhnya pada jam 10:20 malam.
![Penularan wabak COVID-19 di Bangsar? Ini yang perlu anda tahu Penularan wabak COVID-19 di Bangsar? Ini yang perlu anda tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608813102_saringanCOVID.jpg)
Penularan wabak COVID-19 di Bangsar? Ini yang perlu anda tahu
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah menjelaskan, siasatan akan dijalankan berhubung perkara itu.
![Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603767721_TBHuzirMohamed.jpg)
Tiga lagi termasuk suspek tetak pesara Mardi di Bangsar diberkas
Salah seorang suspek dipercayai adalah individu yang bertindak menetak mangsa Dr Wan Hassan hingga maut.