Polis menahan 13 suspek lelaki kerana dipercayai terbabit dengan kes penculikan dua remaja lelaki di Skudai, Johor Bahru dan Paloh, Kluang, baru-baru ini, dengan polis telah berjaya menemukan dan menyelamatkan seorang daripada remaja itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamaluddin Kassim berkata kesemua suspek berumur antara 19 hingga 39 tahun itu ditahan di empat lokasi berbeza.
Katanya dua daripada suspek ditahan di sebuah rumah di Pagoh, Muar kira-kira 11.30 malam pada Ahad lepas manakala 11 lagi ditangkap semalam di tiga lokasi iaitu sebuah rumah di Yong Peng, Batu Pahat; sebuah hotel bajet di Jalan Wong Ah Fook di sini dan juga di Singapura antara 11.30 pagi hingga 1 tengah hari.
Penahanan itu adalah susulan dua laporan diterima polis masing-masing pada 18 Julai dan 19 Ogos lepas berhubung dua remaja lelaki berusia 18 tahun yang dilarikan di Skudai dan Paloh, yang keluarganya turut diminta untuk membayar wang tebusan sebanyak RM120,000.
"Daripada siasatan dan maklumat yang dikumpul, pihak polis percaya kejadian pertama dan kedua dilakukan oleh kumpulan penjenayah yang sama.
"Lantaran itu, operasi telah dijalankan dan berjaya menyelamatkan mangsa kedua yang dikurung di sebuah rumah di Pagoh. Polis juga menemukan satu rangka manusia yang tidak sempurna di tempat pembuangan sampah di kawasan yang sama, namun identitinya masih belum dikenal pasti," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kamaluddin berkata pihaknya akan menunggu keputusan DNA daripada pihak hospital untuk menentukan sama ada rangka tersebut berkaitan mangsa pertama atau sebaliknya.
Pada masa sama, katanya polis juga akan menyiasat sama ada wang tebusan sudah dibayar kepada suspek.
Beliau berkata polis turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bagi membunuh berhubung penemuan rangka itu.
Kesemua suspek kini direman selama 12 hari sehingga 1 Sept depan untuk siasatan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 22 2018
Kesemua suspek kini direman selama 12 hari sehingga 1 Sept depan untuk siasatan. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Keracunan: Kantin sebuah sekolah di Batu Pahat diarah tutup
Arahan penutupan berkuat kuasa bermula Jumaat sehingga 11 Julai itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat.
Lelaki intai wanita dalam tandas awam di Batu Pahat ditahan
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mengintai seorang wanita di dalam tandas di pusat membeli-belah di Jalan Flora Utama, Batu Pahat semalam.
Jelajah Perpaduan Kayuhan Hijau rentas sembilan negeri di Semenanjung
Jelajah ini bertujuan mempromosikan Kempen Penghijauan Malaysia dengan aktiviti penanaman pokok oleh peserta kayuhan hijau.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
Dua maut, empat parah kumpulan konvoi dari Singapura dirempuh lori
Dua maut manakala empat lagi parah apabila kumpulan konvoi bermotosikal dari Singapura dirempuh sebuah lori kontena berhampiran Batu Pahat.
Kereta terbakar, seorang wanita cedera, rakan dan anak selamat
Seorang wanita cedera manakala rakan serta seorang kanak-kanak terselamat apabila kereta yang mereka naiki terbakar di Jalan Bakau Chondong, Batu Pahat.
Warga emas maut terbakar dalam nahas empat kenderaan
Seorang warga emas maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain di Batu Pahat hari ini.
Pemerhati Kongres Nasional PKR 2023 meninggal dunia
Seorang pemerhati Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 dari cabang Batu Pahat, Samsani Ahmad meninggal dunia akibat serangan jantung pada Ahad.
Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah catat IPU tidak sihat pagi ini
Batu Pahat di Johor dan Alor Gajah, Melaka merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini dengan bacaan IPU masing-masing 152 dan 151.
Jerebu: Batu Pahat, Larkin kekal catat IPU tidak sihat petang ini
Dua kawasan di Johor kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 4 petang ini.