Kes COVID-19 melonjak lebih 27,000, sidang media Khairy petang ini
Astro Awani
Februari 17, 2022 13:29 MYT
Februari 17, 2022 13:29 MYT
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dijangka membuat beberapa pengumuman susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 yang melepasi angka 27,000 kes pada Rabu, hari ini.
Khairy dijadual mengadakan sidang media di ibu pejabat Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya pada pukul 5 petang ini.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi laman Twitter rasmi KKM.
Orang ramai boleh menonton sidang media itu di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia atau mana-mana saluran rasmi lain termasuk di astroawani.com
“Saksikan Sidang Media Menteri Kesihatan YB @Khairykj pada jam 5.00 petang ini secara langsung di FB KKM,” tulis KKM.