KUALA LUMPUR: Tempoh pengasingan bagi individu positif COVID-19 dipendekkan kepada tujuh hari sekiranya lengkap vaksinasi dan tidak mengalami sebarang gejala.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ketetapan baharu itu mula berkuat kuasa pada 16 Januari dan turut terpakai bagi kes positif yang sedang menjalani pengasingan ketika ini serta bagi semua jenis varian COVID-19.
Namun, bagi kes positif COVID-19 yang masih belum melengkapi suntikan vaksin atau mengalami gejala, tempoh pengasingan diri masih ditetapkan pada 10 hari.
“Berdasarkan data, sains dan pengalaman negara-negara lain berkaitan pengurusan kes positif COVID-19 dan kontak rapat kepada kes positif, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat penilaian semula tempoh pengawasan dan pemerhatian dan memutuskan ketetapan terkini,” menurut kenyataan Khairy hari ini.
Pada masa yang sama, perintah kuarantin bagi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 turut dipendekkan kepada lima hari bagi individu yang telah menerima dos penggalak.
Manakala bagi individu yang telah menerima dua dos vaksin serta belum menerima vaksin penggalak, tempoh kuarantin ditetapkan selama tujuh hari.
“Sekiranya bergejala, lakukan ujian pengesanan jangkitan COVID-19 menggunakan RTK-Antigen sama ada kendiri atau ke fasiliti kesihatan berhampiran bagi mendapatkan rawatan lanjut.”
Bagi kes kontak rapat yang telah menerima dos penggalak, mereka perlu menjalani ujian saringan RTK-Antigen pada hari ke-lima di bawah pemerhatian petugas kesihatan sebelum diberi pelepasan jika didapati negatif.
Meskipun dengan ketetapan baharu itu, jelas Khairy, KKM telah meningkatkan kesiapsiagaan sistem perkhidmatan kesihatan dalam menghadapi kemungkinan peningkatan kes susulan pelaporan kes jangkitan varian Omicron dalam negara.
"Oleh itu, KKM menyarankan kepada individu yang layak menerima vaksin COVID-19 supaya mendapatkan dos penggalak bagi mencapai tahap perlindungan yang optima serta mengelakkan gejala jangkitan COVID-19 yang teruk serta komplikasinya," ujar Khairy.
Astro Awani
Sat Jan 15 2022
![Kes COVID-19: Kuarantin tujuh hari sahaja jika lengkap divaksin Kes COVID-19: Kuarantin tujuh hari sahaja jika lengkap divaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623258180_GelangPinkKKM.jpg)
Ketetapan baharu itu mula berkuat kuasa pada 16 Januari dan turut terpakai bagi kes positif yang sedang menjalani pengasingan ketika ini. - Gambar fai/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703402828_maskgeneric.jpg)
Positif COVID-19: Tiada lagi kuarantin di rumah, berkuat kuasa 15 Julai
Individu yang disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat sesak.
![Gejala sakit perut, kapal persiaran bawa 3,000 penumpang dikuarantin Gejala sakit perut, kapal persiaran bawa 3,000 penumpang dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708930242_TBNorwegianDawn.jpg)
Gejala sakit perut, kapal persiaran bawa 3,000 penumpang dikuarantin
Lebih 2,000 penumpang dan 1,000 kru kapal terkandas di atas sebuah kapal persiaran di perairan Mauritius, kata syarikat Amerika Syarikat (AS), Norwegian Cruise Line pada Ahad.
![Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684469082_footandmouth.jpg)
Korea Selatan keluarkan amaran tahap tinggi penyakit FMD
Ia adalah kali pertama sejak Mac 2018 kerajaan menaikkan tahap amaran ke peringkat tertinggi.
![542 burung dari luar negara dikuarantin di Pulau Pinang 542 burung dari luar negara dikuarantin di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683512129_BurungMaqis.jpg)
542 burung dari luar negara dikuarantin di Pulau Pinang
Kesemua burung-burung tersebut dari Singapura, Republik Czech dan Papua New Guinea.
![China tarik balik syarat kuarantin pelancong antarabangsa bermula 8 Januari China tarik balik syarat kuarantin pelancong antarabangsa bermula 8 Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61672117628_Shanghaicovid.jpg)
China tarik balik syarat kuarantin pelancong antarabangsa bermula 8 Januari
China akan menarik balik syarat kuarantin dikenakan terhadap pelancong antarabangsa bermula 8 Januari depan susulan protes rakyatnya terhadap dasar sifar-COVID.
![COVID-19: 866 kes baharu, 10 kematian COVID-19: 866 kes baharu, 10 kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670400435_Covid.jpg)
COVID-19: 866 kes baharu, 10 kematian
Jumlah kematian dalam negara kini sebanyak 36,763 kes.
![COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71667090586_TBICUHOSSGBULOHCOVID.jpg)
COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.
![Kuarantin pelawat antarabangsa di hotel Hong Kong berakhir mulai Isnin Kuarantin pelawat antarabangsa di hotel Hong Kong berakhir mulai Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624521011_TBHONGKONGGENERIC.jpg)
Kuarantin pelawat antarabangsa di hotel Hong Kong berakhir mulai Isnin
Penamatan kuarantin hotel itu berkuat kuasa pada Isnin, dua tahun selepas peraturan itu dilaksanakan bagi menangani jangkitan COVID-19.
![COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51645573381_TBHKTESTKIT.jpg)
COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.
![Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622717997_LEMBU.jpg)
Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai, tempoh kuarantin disingkatkan
Isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban dijangka selesai menjelang awal Julai ini, termasuk tempoh kuarantin kemasukan lembu import yang dipendekkan kepada 14 hari.