KUALA LUMPUR: Nasib 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lepas, akan diketahui pada 2 Nov depan.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan dan pendakwaan di akhir kes pembelaan.
"Selepas mengambil kira kelapangan pihak-pihak, mahkamah menetapkan 2 Nov ini, pada 10 pagi untuk keputusan," katanya.
Kes itu dikendalikan Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur Datin Kalmizah Salleh bersama Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala barisan peguam yang mewakili tertuduh ialah Datuk Ranjit Singh Dhillon, Datuk Hazman Ahmad, Zamri Idrus, Fadly Hashim dan Datuk Hazizah Kassim.
Terdahulu, Kalmizah berhujah bahawa keterangan pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad, yang merupakan saksi pendakwaan keenam (SP6) mengenai punca kematian Zulfarhan, adalah konsisten dan tidak pernah bercanggah dengan sebab kematian yang lain.
"SP6 mendapati kematian Zulfarhan adalah kesan luka bakar manakala menerusi laporan mikroskopi yang disediakan ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan yang merupakan saksi pembelaan ke-19 (SD19), mendapati terdapat 'granulation tissue' pada paru-paru si mati.
"Jadi si mati mengalami radang paru-paru di antara 10 hingga 14 hari selepas jangkitan. Oleh itu, jangkitan berlaku sebelum atau pada hari kejadian manakala keterangan saksi pendakwaan ke-31 Dr Mohamad Azaini Ibrahim telah menyatakan 'granulation tissue' boleh dikesan pada minggu kedua selepas jangkitan iaitu tujuh hingga 14 hari," katanya.
Kalmizah juga berhujah, bekas pegawai perubatan UPNM Dr Harniza Kosnan (SP30) turut menyatakan Zulfarhan tidak pernah mengadu sesak nafas atau sakit jantung.
Semalam, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili dua tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Muhammad Azamuddin Mad Sofi berhujah bahawa terdapat percanggahan keterangan antara dua pakar perubatan mengenai punca kematian Zulfarhan.
Sementara itu, Kalmizah turut berhujah kaedah yang digunakan oleh SP6 dalam menentukan sebab kematian Zulfarhan adalah wajar dan berpatutan.
"SD19 bersetuju sebagai pakar yang melihat dan memeriksa atau melakukan autopsi ke atas jasad, SP6 yang dapat buat anggaran terdekat tentang peratus kebakaran sebab beliau melihat sendiri jasad itu," katanya.
Kalmizah juga berkata pihak pendakwaan menegaskan bahawa keterangan SD19 langsung tidak mematahkan dapatan SP6 seperti mana yang dihujahkan oleh Amer Hamzah.
"Keterangan SD19 mengenai ujian mikroskopi ke atas Zulfarhan yang mendapati mangsa mempunyai masalah kesihatan antaranya otak berdarah, radang otak dan pernah mengalami sakit jantung, adalah tidak selari kerana Zulfarhan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan lasak di UPNM.
"Ini jelas menunjukkan keterangan SD19 terhadap ujian mikroskopi itu meragukan dan ia adalah satu yang ditokok tambah," katanya.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan penuntut UPNM terbabit membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi dan Muhammad Azamuddin, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 dan 5.45 pagi 22 Mei 2017, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa bersubahat mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama dengan 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021

Nasib 18 penuntut UPNM yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain (foto) empat tahun lepas, akan diketahui pada 2 Nov depan. - Gambar fail

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Diarah bela diri adakah bermaksud bersalah? Ini penjelasan peguam
Bagi mengelakkan orang ramai daripada sebarang salah faham, peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff tampil memberikan penjelasan berhubung perkara ini.