Kes bunuh warga emas: Polis rakam keterangan enam individu

Bernama
Mac 15, 2025 15:00 MYT
Polis telah merakam keterangan enam individu untuk membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Kampung Baru Puchong. -Gambar fail/PDRM
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, dekat sini, Khamis lepas.

Ringkasan AI
  • Polis telah merakam keterangan enam individu untuk membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Kampung Baru Puchong.
  • Punca kematian adalah multiple sharp force trauma to the head and neck, dan telefon bimbit mangsa juga hilang.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah multiple sharp force trauma to the head and neck dan siasatan mendapati telefon bimbit milik mangsa juga hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Khamis lepas, mayat seorang lelaki berusia lingkungan 70-an dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan itu ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong selepas seorang wanita tempatan terhidu bau busuk dari rumah mangsa.
Wan Azlan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP R. Ray Erindra Raj menerusi talian 019-6616640 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
#warga emas #kes bunuh #polis rakam keterangan #Kampung Baru Puchong #Seksyen 302 Kanun Keseksaan
;