BUKIT MERTAJAM: Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang maut ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, keterangan wanita itu diambil bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki dalam pergaduhan tersebut.
Selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.
Shafee berkata, polis masih mengesan empat suspek yang kini melarikan diri selepas insiden pergaduhan yang meragut nyawa lelaki berusia 35 tahun tersebut.
"Polis sudah mengenal pasti identiti keempat-empat suspek yang melarikan diri sejak malam kejadian, mereka ini saling mengenali antara satu sama lain dengan mangsa yang maut.
"Kita percaya mereka masih bersembunyi di negeri ini, usaha mengesan dan menangkap mereka sedang giat dilakukan," katanya.
“Setakat ini, punca kejadian serta punca berlakunya pergaduhan antara mereka masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Mengulas lanjut, Shafee berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah akibat ditikam, dikelar dan ditetak seluruh badan.
Dalam masa sama, Shafee meminta kerjasama orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan terus menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Shahir Adnan di talian 019-9517045 atau 04-5382222.
Pada Sabtu, seorang lelaki maut dipercayai ditikam dan ditetak dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu termasuk seorang wanita dalam kejadian berhampiran medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, lelaki berusia 30-an berkenaan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, tular tiga buah video berdurasi lima, tujuh dan 10 saat yang memaparkan kejadian pergaduhan menggunakan senjata tajam.
Dalam video itu, kelihatan seorang wanita didapati memegang senjata tajam dipercayai parang dengan terdapat mangsa yang parah terbaring di atas jalan dan berlumuran darah.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed May 18 2022

Shafee berkata, keterangan wanita itu diambil bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki dalam pergaduhan tersebut. - Gambar hiasan
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Pengawal keselamatan sekolah putus tangan ditetak dua individu
Dua suspek yang memakai topi keledar menutup muka dengan sapu tangan bersenjatakan parang telah menyerang mangsa sebelum bertindak melarikan diri.

Remaja cedera parah ditetak, disamun ketika memancing
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi tadi, mangsa berusia 17 tahun mengalami kecederaan pada tiga jari kanan, lengan kiri dan bahagian belakang badan.

Sanggup bunuh, samun demi arak
Pengawal keselamatan warga Pakistan ditemui maut dengan kesan tetakan di kepala dan kedua-dua tangan dalam kejadian cubaan samun oleh sekumpulan remaja yang dalam keadaan mabuk untuk membeli arak.

Lelaki direman bantu siasatan kes tetak anak bekas ahli parlimen
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Gombak awal pagi tadi yang dipercayai terlibat dalam kes menetak anak bekas Anggota Parlimen Pasir Puteh Ahad lalu.