Kes bunuh polis: lelaki ditahan
Astro Awani
September 1, 2017 11:08 MYT
September 1, 2017 11:08 MYT
Polis menahan seorang lelaki awal pagi ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditetak dan ditembak ketika bertugas di Balai Polis Pinggiran USJ, semalam.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, lelaki 34 tahun dari Sibu, Sarawak itu sebelum ini sudah dipanggil untuk memberi keterangan.
"Suspek akan dipohon reman pada pagi ini. Ini adalah proses siasatan yg dilakukan mengikut peruntukan siasatan yang sedia ada.
"Pihak polis mengharapkan tiada sebarang spekulasi ke atas tangkapan ini kerana akan menjejaskan siasatan sepertimana yang telah tular sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tangkapan dibuat kira-kira jam 1 pagi tadi.
Valentino yang bertugas sendirian, ditemukan mati dengan kesan tetakan pada kepala serta tembakan jarak dekat di Balai Polis Pinggiran USJ, pada 3.25 pagi semalam.
Kejadian disedari anggota Unit Kereta Peronda (MPV) yang kembali ke balai terbabit selepas selesai rondaan.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmad berkata suspek direman tujuh hari bermula hari ini.
#Balai Polis Pinggiran USJ
#bunuh
#Lans Koperal Valentino Mesa
#Mazlan Mansor
#polis
#reman
#Sibu
#suspek
#Tahan