Kes bunuh peragawati Estonia, dua lagi suspek ditahan
Astro Awani
Julai 11, 2014 18:53 MYT
Julai 11, 2014 18:53 MYT
Polis menahan dua suspek lelaki di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah IPD Mersing pada 10 Julai berhubung kes bunuh model Estonia Regina Soosalu.
Regina ditemui mati di Pulau Rawa Johor awal bulan ini.
Suspek yang ditahan adalah seorang lelaki Melayu berumur 27 tahun dan seorang lelaki Serani berumur 30 tahun dari Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Dato' Hasnan Hassan, kedua dua suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi untuk direman.
Ini menjadikan jumlah suspek yang ditahan setakat ini untuk siasatan adalah tujuh orang.
Sebelum ini peragawati itu dikatakan lemas, namun polis menemui kesan luka pada tubuhnya dan kes ini disiasat sebagai pembunuhan.